Buat kali kedua, saya berkunjung semula ke Exotic Fishing Pond di Rawang. Kali ini, saya bersama Epol D7L, Slimer D7L dan Yuhilmi berkunjung kolam yang terkenal dengan ikan exotic ini pada waktu malam. Kami berempat tiba di kolam ini pada pukul 7.30pm. Pada kali ini hanya teknik dasar dan penggunaan pelampung dengan berumpankan anak ikan hidup sahaja digunakan. Kesempatan kami disini digunakan untuk mempelajari tabiat ikan yang berada di kolam ini pada waktu malam. Kami juga mendapat info dari pengujung tetap kolam ini dimana waktu malam merupakan masa sesuai untuk memancing ikan bersaiz monster memandangkan ikan bersaiz begini lebih aktif pada waktu malam.
Seperti dijangka, balingan pertama terus disambar oleh ikan red tail cat fish
Slimer yang pertama kali ke kolam ini dengan mudah menaikan ikan red tail cat fish
Selepas berjaya mendaratkan ikan yang kedua, kelihatan suasana menjadi sepi. Labuhan umpan tidak lagi disambar ikan. Kami hanya perlu menunggu dengan sabar. Keadaan kali ini amat berbeza dengan kunjungan kami pada awal pagi sebelum ini. Keadaan kali itu amat meriah dimana ikan sentiasa memakan umpan yang dihulurkan.
Epol berjaya menaikan ikan bersaiz kasar selepas menunggu lebih 30 minit.
Giliran saya pula menaikan ikan red tail cat fish.
Kelihatan lebih kurang pukul 9.00 malam, ikan kelihatan galak memakan umpan semula.
Tanpa diduga satu henjutan hebat dari ikan monster yang tidak diketahui telah mematahkan rod Berkley 10lb-20lb milik Epol. Rod itu patah ketika menentang hebat asakan ikan yang hampir menghabiskan tali sepanjang 180 meter pada kekili beliau.
Yuhilmi kemudian berjaya memperolehi hasil selepas kejadian rod patah.
Epol sekali lagi berjaya menaikkan ikan selepas menggunakan rod kedua milik saya.
Sekali lagi milik Slimmer
Double hook-up dari saya dan Epol
Close up
Ikan yang dinanti telah tiba, akhirnya Epol berjaya memperolehi species Amazon Cat Fish seberat hampir 10kg. Perlawanan antara ikan lebih dari 5 minit.
Bergambar bersama dengan hasil tangkapan.
Ikan terakhir yang menutup tirai kunjungan kami kali ini.
Kesimpulan kunjugan kami kali ini boleh disimpulkan bahawa ikan di kolam ini tidak jemu-jemu untuk memakan umpan yang dihulurkan oleh kami. Kelihatan tangkapan pada malam hari dikuasai sepenuhnya oleh ikan dari specis red tail cat fish. Mungkin penggunaan umpan yang berlainan mampu membuka selera ikan monster lain yang mendiami kolam ini. Walaupun begitu, kami dapati pancingan waktu pagi lebih meriah berbanding waktu malam dimana ikan sentiasa memakan umpan sehingga tidak memberi peluang kami untuk berehat seketika. Tetapi memancing pada waktu malam memberi peluang kepada pengunjung untuk menaikan ikan yang lebih besar berbanding memancing waktu pagi. Rata-rata saiz ikan yang berjaya dinaikan pada waktu malam lebih dari 2-3kg.
Kami tetap akan berkunjung lagi ke kolam ini selagi semua ikan yang berada di kolam ini belum berjaya ditawan.
Terbaik tuan.......hehehe
BalasPadamJom komplot sama sabtu ni...ramai gak geng yg turun...layan awal pagi
BalasPadamTerbaik!!
BalasPadamAssalamualaikum..bleh kongsi umpan apa yg digunakan untuk redtail catfish ni ya.
BalasPadamWhatsapp: 0175635582.
Harap dpt berkongsi.trima kasih.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBang, sy nk ikut kalau ade trip masuk hutan..
BalasPadam