Setiap kali saya berjaya memancing ikan Tenggiri, pasti saya terkenang bubur ikan tenggiri yang dihidangkan semasa berada di atas boat Ah Beng ketika memancing di Kuching Sarawak. Bubur yang dihidangkan amat lazat dan pasti saya akan memakannya sehingga lebih dua mangkuk.
Walaupun saya tidak kesana lagi, saya akan memasak bubur ini jika saya memperolehi ikan tenggiri ketika memancing.
Bubur tenggiri ini amat diminati oleh kanak-kanak kerana ia amat mudah dimakan dan lazat rasanya. Cara memasaknya juga sangat mudah.
Ramuan untuk membuat hidangan ini ialah.
- Isi ikan tenggiri
- Beras
- Bawang putih
- Stock ikan
- Sedikit Minyak
- Daun bawang
- Halia muda
Beras dimasak terlebih dahulu hingga menjadi bubur. Masukkan hirisan halia muda ke dalam bubur tersebut.
Masukan isi ikan tenggiri yang telah dipotong dadu ke dalam bubur yang dimasak.
Masukan 3 sudu stock ikan ke dalam bubur dan masukkan garam sehingga secukup rasa
Kemudian masukkan daun bawang yang telah dipotong.
Selepas selesai, masak hirisan bawang putih sehingga garing dan tuangkan ke dalam bubur.
Ini ialah satu teknik masakan untuk memberi aroma yang menyelerakan kepada bubur yang dimasak
Gaulkan bubur tersebut dan boleh dihidangkan serta merta. Amat enak dihidangkan ketika masih panas.
Selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan