Ahad, 1 April 2012

OFB lagi..!!


Sekali lagi saya ke rumah api OFB (One Fanthom Bank) untuk menbawa rakan-rakan pemancing  dari Kapar, Klang. Kali ini trip ini di organized sepenuhnya oleh saya. Memandangkan ini pertama kali rakan-rakan saya dari Kapar,Klang mengunjungi OFB, saya berharap kunjungan kami kali ini ke OFB akan berjaya dengan hasil tangkapan ikan yang baik.

Selepas berbincang dengan tekong Abang Samad, satu tarikh pun dipilih. Tetapi memandangkan ketika itu waktu cuti sekolah, kebanyakkan tarikh pada waktu air yang sesuai telah pun full booked. Hanya saki baki ketika air mati dan kurang berarus sahaja yang masih ada kekosongan. Walaupun begitu, saya tetap meneruskan rancangan ini memandangkan rakan-rakan yang lain sudah bersemangat untuk ke sana. Untuk tidak menghampakan mereka, kami pun bertolak ke sana.


Seperti biasa apabila tiba di OFB, kerjasama diperlukan untuk memudahkan kerja

Seperti dijangka, keadaan air laut yang berarus perlahan, membuatkan kami gagal mendapatkan umpan ikan selar dan ikan tamban untuk dijadikan umpan hidup. Walaupun kelihatan waktu itu banyak kelibat ikan besar di permukaan air. Ini membataskan tangkapan kami kerana ketiadaan umpan hidup. Pelbagai teknik altenatif digunakan untuk untuk menjerat ikan. Teknik casting dan popping tidak berjaya memujuk ikan untuk menghentam lure. Ikan Talang hanya kelihatan mengejar lure tanpa membahamnya.Teknik drifting menggunakan umpan mati juga tidak berkesan. Umpan hanya digetu oleh ikan kecil yang banyak berada di OFB ketika arus menjadi perlahan. Begitu juga teknik pancingan dasar. Hanya kegagalan yang kami hadapi.  Nampaknya hanya umpan hidup sahaja yang menjadi pilihan ikan di OFB seperti kebiasaan.

Peluang kami yang terakhir ialah menaiki bot menuju ke kapal karam. Tetapi keadaan arus dan angin yang bertentangan membuatkan bot sukar dilabuhkan. Kami gagal lagi.


Bila ikan tidak makan umpan, kami sahaja yang makan.

Dalam diam, Asru berjaya memperolehi seekor ikan talang.

Hari mula malam, tapi kami masih gagal menaikkan ikan lagi selepas itu.

Berkat usaha saya tanpa berputus asa, akhirnya saya berjaya memperolehi ikan teliga gajah dengan berumpankan  dedak.

Ikan saya ini merupakan ikan terakhir kami di OFB. Tiada sebarang tangkapan yang berjaya diperolehi selepas itu hingga ke pagi. Tetapi saya sangat memuji rakan-rakan yang lain kerana sanggup berjaga sepanjang malam hingga pagi untuk memancing. Mungkin masa ini bukan rezeki kami. Tetapi kami masih bercadang ke OFB pada masa akan datang dengan persediaan dan tarikh yang lebih baik.

18 ulasan:

  1. bolih join sama x kalau ada trip lepas ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bang, kalo nak senang abg cari dalam 12 org, saya arrange kan utk abg...jgn risau,sy tak ambik untung apa2 pon....

      kalo saya selalu pegi mengejut, tak de plan apa pon...

      Padam
  2. salam bang...
    teringin la nak ke sana...naik dari jeti mana...
    detail nya camne ek...stail kelong gak ke ni...

    BalasPadam
  3. Naik dari jeti tanjung Harapan port Klang je..berhampiram kolam Sea lion.. Memancing di rumah api OFB ni sama macam memancing di kelong, cuma jauh lebih besar dan jauh ditengah laut. Detail berkenaan OFB boleh refer link ini.. http://maxxpeacock.blogspot.com/2011/11/rumah-api-ofb.html

    BalasPadam
  4. SAlam Abg
    Tolong bgi tunjuk ajar sikit dgn cara pancing kat OFB. Teknik dan umpan mne yg sesuai utk pancing kat sana.
    Dulu pernah gi sekali trip kumpau=(
    tlg e-mail ye hookz.jon@gmail.com
    TQbyk2

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyalah... saya akan keluarkan teknik dan umpans sesuai ketika memancing di OFB..

      Padam
  5. salam..bro..msti 12 org ke..dia brapa hari 2..senangn sy nak kumpulkan kwn2 g sana...sy ddk shah alam gak s24..bg sikit info.senang nak racun budak2..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan izwani, Bot utk ke sana menyediakan perkhidmatan membawa pemancing kesana seramai 12 dan 15 org, bayarannya tetap sama jika kita pergi seramai 3-4 orang. untuk menjimatkan kos lebih baik kita pegi maximum yang mungkin.

      Padam
  6. Assalam..... Bang bila nak pergi lagi ni saya ada dua org ada sesiapa lagi nak join ker jom letak nama
    1)syamsul
    2)ali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Syamsul, tidak pasti lagi bila nak kesana lagi, selalunya trips ke OFB ni selalu secara mengejut je. Lebih baik saya sarankan tuan cari ahli kumpulan seramai 10 orang dan saya akan uruskan utk tuan. Jgn risau..saya tidak kenakan apa2 bayaran extra pun. Cuma utk membantu tuan saja..

      Padam
  7. salam tuan Maxx Peacock,
    mcm mana pula keberkesanan teknik jigging di ofb?
    Any tips?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan,
      Teknik yang saya gunakan ialah menggunakan jig seberat 60-80gram dan menggunakan teknik cast jig. Ini kerana ke dalaman di sekita oFB tidak begitu dalam. Saya juga pernah menggunakan teknik casting menggunakan spoon dan lure. Kedua teknik ini amat berkesan apabila bilangan ikan talang banyak terdapat di sekitar OFB (frenzy). jika tidak banyak, tuan boleh mencuba untuk jig cast atau casting beramai2 untuk menarik minat ikan mendekati OFB. Yang paling penting sekali, tuan kena banyak bersabar dan mencuba kerana ikan-ikan di sekitar sana kini lebih bijak dan mula mengenali umpan ikan tiruan. Di OFB kita kena tengok nasib juga...kadangkala ikan suka mengejar jig, kadangkala ikan lebih suka dengan teknik menghayut...dan kadangkala tiada langsung....begitu la OFB kini

      Padam
  8. assalammualaikum,
    Bro sekiranyer ader trip lagi ker OFB sila hubungi saya.
    teringin jugak nak merasa memancing di kawasan OFB tersebut.
    no HP sya 017 9056918....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh call tekong abg Samad di 0162771381 untuk keterangan lebih lanjut

      Padam
  9. salam bro Maxx Peacock, leh tnya tak? berapa harga dia amik??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga bergantung berapa ramai ahli dalam satu kumpulan yang hendak ke sana. Saya sarankan lebih baik tuan call sendiri tekong.

      Padam
  10. salam abg..boleh mnta no tpn tekong bot? sy mmg dh lme teringin mncing tngh laut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Pejan boleh email saya di maxx.peacock@gmail.com.
      Saya akan bagi no contact. Kerana ada sedikit penerangan jika tuan ingin kesana.

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...