Isnin, 20 April 2015

Peacock Bass: Edisi Janji Layan..!!


Lama sudah rasanya saya tidak melayan ikan pelagik terkenal di negeri Perak iaitu PB ataupun Peacock Bass. Penduduk tempatan mengelar ikan ini sebagai ikan Raja. Negeri Perak memang terkenal dengan lambakkan lombong dan tasik-tasik tinggal hasil perusahaan bijih besi dan timah pada masa dahulu. Kebiasaannya saya berkunjung ke sini semata-mata ingin mencari ikan Rohu yang lebih havoc dan kuat melawan tetapi kali ini saya dalam misi mencari ikan Peacock Bass. Walupun saya bukan pemakan ikan berwarna kuning terang ini, tetapi kerakusan ikan apabila memakan lure membuatkan saya tidak senang duduk untuk memancingnya

Walaupun ada ribuan lombong tinggal di Daerah Tapah, Bidor atau Kampar, tidak semuanya di diami oleh Peacock Bass. Untuk mencari lokasi di mana terdapatnya ikan PB yang banyak, kita terpaksa mencuba di segenap lombong yang ada.



Saya tiba di pekan tapah pada pukul 6.30 pagi. Selepas bersarapan, saya menuju ke satu lokasi yang dikatakan mempunyai ikan PB yang banyak. Dengan berbekalkan maklumat perjalanan dari Waze, saya dan rakan sesat  lebih sejam mencari lokasi. Setelah puas berpusing-pusing mencari jalan, akhirnya kami tiba di lokasi yang dimaksudkan.

Gambar Lokasi

Dengan berbekalkan set saya yg superlight iaitu Casting Rod St Croix PE 0.8 dengan padanan Spinning Reel Shimano 1000 series dan mainline 6lb, saya terus melontarkan gewang micro ke dasar air. Balingan pertama terus diterkam oleh ikan PB dengan rakus. Walupun banyak terdapat PB di sini, saiznya kebanyakannya masih juvenile.

Memancing secara land base


Balingan pertama terus di sambar oleh Peacock bass



Kemudian, entah berapa ekor lagi ikan PB yang berjaya saya dan kumpulan kami daratkan. Tidak sangka lokasi ini memang syurga untuk casting ikan PB ini. Kami memancing hingga ke petang dan akan kembali semula di lokasi terbaik ini pada akan datang. 


Lesen PB

Melayan asakan PB juvanile.

Memang menjadi menggunakan soft plastic


Prototype soft plastic by Keni

 Zul Caster dan Rocker Din



We will back..!!

5 ulasan:

  1. boleh kongsi lombongye x area mne....
    sy pn slalu cast PB area air kuning,tp xtaw plk area tapah ade port

    BalasPadam
  2. kat mne ni bos? Tapah area mane?

    BalasPadam
  3. xde nye deme nk bgtau detail port ni

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...