Selasa, 5 Mei 2015

Maxx Peacock Fish Encyclopedia - 10 ikan air tawar terbesar dunia


Menangkap ikan yang bersaiz besar atau pun monsters memang menjadi idaman setiap pemancing. Ikan yang besar juga merupakan trofi berharga dan bakal menjadi rekod peribadi jika berjaya di pancing. Tapi tahukah anda ikan air tawar yang terbesar di dunia. Di sini saya ingin berkongsi tentang ikan air tawar terbesar di dunia. Mana tahu, jika spesis ikan-ikan terbesar ini pernah menajdi rekod tangkapan ataupun menjadi sasaran pemancing pada akan datang.

10. Paddlefish


Ikan ini di gelar sebagai Peddle fish kerana terdapat seakan-akan paruh di mulut ikan ini. Paruh ini digunakan untuk mengali atau mencari makanan berupa rumpai atau kerang-kerangan yang tinggal di dalam tanah. Ikan ini mampu membesar sehingga 5 kaki panjang dan seberat 60 lb. Ikan ini diburu kerana telurnya boleh dijadikan kaviar yang bernilai tinggi.

9. Nile Perch


Memang benar ikan Nile Perch ini kelihatan seperti ikan Siakap. Sebenarnya ikan Nile Perch merupakan spesis ikan Siakap yang tinggal di Sungai Nile selama ratusan tahun. Kini ikan yang amat aggresif ini boleh di dapati di sungai-sungai dan tasik sepanjang kawasan Egypt hingga ke Ethiopian di Afrika. Ikan ini mampu membesar sehingga 6 kaki panjang dan seberat 500 pounds.

8. Taimen


Taimen ialah tergolong daripada keluarga ikan Trout. Taimen merupakan specis trout terbesar sekali di dunia. Ikan ini tinggal di sepanjang sungai-sungai di negara Mongolia dan Russia. Ikan ini mampu membesar sepanjang 7 kaki dan melebihi berat 280 pounds. Ikan ini kini sedang mengalami kepupusan dan sukar untuk menjumpai ikan bersaiz monsters akibat overfishing.


7. Bull Shark


Jangan sangka ikan jerung hanya tinggal di laut masin sahaja. Ikan Jerung ini boleh hidup di kedua-dua persekitaran air masin dan air tawar. Ikan ini amat agresif dan pernah direkodkan menyerang manusia. Pernah direkodkan ikan ini pernah dijumpai di lebih 100km jauh dari pantai. Di rekodkan ikan ini pernah dijumpai di sungai-sungai dan tasik seperti Mississippi River, St Louise, Amazon dan lake Nicaragua. Ikan ini juga pernah di rekodkan dijumpai di kawasan muara sungai-sungai di Malaysia. Cuma bilangan yang menghuninya tidak terlalu banyak dan tiada rekod serangan ikan ini di negara kita.

6. Arapaima Gigas.


Siapa yang tidak mengenali ikan ini. Ikan ini kini banyak didapati di negara kita. Mulanya ikan ini dibela sebagai ikan perhiasan dan di kolam memancing commercial. Kini ikan ini mula menetap di tasik-tasik dan lombong di seluruh Malaysia. Pernah direkodkan ikan ini berjaya ditangkap di sungai negara kita. Ikan ini mampu membesar sepanjang 8 kaki dan seberat 330 pound. Ikan ni bersifat pemalu dan aggresif apabila mencari makanan. 

5. Alligator Gar


Sama seperti ikan Arapaima, ikan ini dibawa masuk ke negara Malaysia. Ikan ini mempunyai muncung seakan-akan buaya ini mempunyai daya juang yang amat tinggi. Walupun ikan ini mempunyai rupa yang menyeramkan, tetapi ikan ini tidak membahayakan kerana tiada rekod tentang ikan ini menyerang manusia. Ikan ini mampu membesar sehingga 10 kaki panjang dan seberat 350 pound.

4. Mekong Giant Cat Fish


Saya percaya ikan Mekong Giant Catfish atau nama tempatannya Plabuk merupakan ikan paling terkenal di seluruh kolam-kolam pancing commercial di Malaysia. Boleh dikatakan ikan ini merupakan ikan wajib ada di setiap kolam. Ikan ini mempunyai saiz besar dan daya juang yang hebat menyebabkan ikan ini sentiasa menjadi sasaran pemancing. Ikan ini berasal daripada sungai Mekong dan mampu membesar sehingga 10 kaki panjang dan berat sehingga 600 pound. Di negara asalnya ikan ini sedang mengalami kepupusan kerana overfishing dan ikan ini juga merupakan salah satu diet makanan untuk penduduk tempatan.

3. Giant Freshwater Stingray


Di dasar sungai sepanjang negara Thailand hingga ke Vietnam, tinggal sejenis spesis ikan pari terbesar di dunia. Ikan pari ini tinggal di air tawar dan berbeza dengan ikan pari yang tinggal di lautan. Seperti ikan pari yang lain, ikan ini mempunyai sengat yang berbisa. Ikan Pari ini mampu membesar sehingga 10 kaki panjang dan seberat 1,300 pound. Walau begitu, penduduk tempatan pernah mendakwa melihat saiz yang jauh lebih besar. Kerana kebanyakan habitat ikan ini berhampiran kawasan bandar, habitat ikan ini musnah dan kini ia tergolong sebagai ikan yang terancam.

2. White Sturgeon


Ikan ini merupakan ikan terbesar utara benua Amerika. Ikan ini mampu membesar sehingga 20 kaki panjang dan seberat 1,500 pound. Akibat permintaan kaviar yang tinggi, ikan ini mengalami detik-detik kepupusan. Dikatakan ikan ini kini hanya ada sebanyak 500 ekor sahaja.

1. Beluga Sturgeon



Ikan Beluga Sturgeon merupakan ikan yang paling di hendaki oleh manusia memandangkan telur ikan Beluga Sturgeon merupakan kaviar yang paling bernilai tinggi. Nilai kaviar yang berasal dari Beluga Sturgeon boleh mencecah sehingga ribuan dollar Amerika 1 gram. Ikan Beluga Sturgeon hanya tinggal di lautan Caspian sahaja. Ikan ini menjadi buruan para nelayan yang ingin mengaut keuntungan. Rekod terbesar ikan Beluga Sturgeon ialah sepanjang 20 kaki panjang dan berat melebihi 7,000 pound. Sayang sekali, akibat permintaan kaviae yang terlalu tinggi, ikan ini di ancam kepupusan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...