Khamis, 2 Mac 2017

Jigging Port Klang - David



Apabila bercadang untuk memancing di perairan Port Klang, Nama David adalah yang pertama sekali terlintas di kepala saya. Saya tidak menafikan bahawa David merupakan salah seorang tekong kegemaran saya. Boleh dikatakan khidmat yang diberikan oleh David sangat terbaik menyebabkan saya tidak pernah jemu untuk menggunakan khidmat beliau. Beliau sangat bertoleransi dengan pelanggan beliau tanpa mengira kaum. Dengan hanya berbalas Whatapps saya telah berjaya menempah satu tarikh untuk memancing bersama beliau di perairan Port Klang. Untuk menaiki bot beliau amat mudah, hanya perlu ke Royal Yacth Club Port Klang dengan hanya menggambil masa 40 minit melalui lebuhraya Kesas.

Royal Yacth Club Port Klang


Tekong David


Seperti biasa saya akan tiba di jeti seawal yang mungkin. Kami mensasarkan tiba di lokasi memancing pada pukul 9.00 am. Kebiasaannya David mengambil masa lebih satu jam untuk tiba di spot pertama. Masa yang ada di atas bot kami gunakan untuk membuat persediaan. Bot beliau yang luas amat menyenangkan kami. Ada juga rakan kami yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata sebentar. Kebiasaannya, David akan ke kawasan Zon Bebas (ZEE) di perairan Port Klang. Setibanya kami di lubuk pertama, kami memulakan aktiviti jigging. David sangat flexible orangnya. Hanya perlu memaklumkan kepada beliau teknik jigging (Vertical Jigging, Slow Pitch, Micro Jig) kegemaran kamu dan beliau tanpa membuang masa akan menuju ke lubuk yang dianggap berpotensi dan sesuai dengan teknik yang bakal digunakan. Bagi kami, kami lebih selesa menggunakan teknik Slow Pitch jigging dan sudah pasti ikan jenahak (John Snapper) menjadi sasaran kami.

Kesibukan Kapal melalui ZEE




Jigging bermula!



Waktu pagi merupakan waktu terbaik untuk jigging. Ikan kelihatan aktif pada saat ini. Selain itu semangat dan tenaga yang berkobar-kobar juga menjadi faktor memancing pada waktu ini sangat menyenangkan. Syukur pada hari tersebut angin tidak terlalu kuat cuma arus laju sedikit menyebabkan kami terpaksa menggunakan jig seberat 250 gram. Menurut pengalaman David, jig yang berwarna keemasan atau warna Iron-man (Gold + Red) amat killer di lubuk ini. Beliau juga amat ramah dan tidak kedekut untuk berkongsi rahsia bersama kami. Sedang kami fokus jigging, tiba-tiba keadaan menjadi riuh randah. Rupanya salah seorang rakan kami telah mendapat strike. Beliau yang menggunakan gandingan mesin Ocean Jigger dan rod jenama Beat amat mudah menewaskan ikan. Ikan Jenahak anggaran 3kg berjaya dinaikkan. Kemudian David yang turut serta jigging bersama kami juga mendapat strike tetapi lucut dipertengahan air.

Strike pertama.

Ikan Jenahak yang menjadi sasaran kami

Selepas seketika, David membawa kami berpindah ke lubuk lain pula. Sekali lagi beliau menjadi orang pertama mendapat sambaran ikan jenahak. Hampir 4 Kg berat ikan jenahak yang berjaya didaratkan oleh David. Saya juga menerima beberapa hentaman dari ikan, tetapi malangnya asyik lucut dipertengahan jalan. Seekor lagi ikan berjaya di daratkan lagi, tetapi tidak sempat saya mengambil gambar gara-gara sedang mengikat shock leader yang baru. Kami tidak bernasib baik di lubuk ke-2 ini. Walaupun ikan banyak menyambar jig, tetapi kami tidak berjaya mendaratkan ikan tersebut. Banyak kes lucut dan putus berlaku di lubuk ini. Saya sendiri telah lebur 4 jig di sini dan beberapa jig lagi milik kawan-kawan yang lain.

David juga berjaya mendaratkan Ikan Jenahak

Seekor Jenahak lagi

Jenahak penutup sebelum kami pulang

Selepas makan tengahari, David berpindah ke lubuk lain memandangkan terlalu banyak kekecewaan di lubuk sebelum ini. Pusingan ke-2 bermula selepas itu. Cuaca yang baik memberi semangat kepada kami. Strike lagi, riuh rendah kami di burit bot bersorak apabila mendapat strike dari ikan. Seekor lagi ikan jenahak berjaya ditewaskan. Tanpa henti kami memancing hingga ke petang sebelum David menamatkan acara memancing. Trip kali ini teruk kami di buli oleh ikan. Selepas berkira-kira, 13 jig telah lebur di dasar laut akibat putus kerana hentaman ikan dan sangkut di dasar laut. David sendiri mengakui trip ini lebih banyak tewas dari menang. Sepanjang perjalanan pulang beliau gelakkan kami. 8-5 kata beliau yang membawa maksud  Ikan (8) - Kami (5). Setibanya kami di jeti, ikan yang kami perolehi dibahagi sama rata. Kebiasaannya ikan yang berjaya didaratkan oleh David juga diserahkan kepada pelanggan. Kekalahan teruk ini membuatkan kami tidak puas hati. Oleh itu perbincangan singkat dibuat antara kami untuk membuat trip balas dendam. Selepas mencapai persetujuan dua belah pihak, trip akan datang telah ditempah pada bulan March ini juga.



Kesimpulannya, setiap lubuk yang disinggahi oleh tekong pasti membuahkan hasil. David yang peramah dan mesra juga sentiasa berusaha membawa pelanggannya ke lubuk terbaik beliau. Kerana itulah beliau sentiasa menjadi salah seorang tekong kegemaran saya di Port Klang. Untuk pertanyaan tentang kos dan tempahan memancing, boleh menghubungi beliau di FB David Fishing.

9 ulasan:

  1. Tak sabar nk tunggu cerita balas dendam pulak..

    BalasPadam
  2. As salam tuan, sekarang dah masuk minggu pertama bulan Mac, bila trip tuan tu? Mana tau boleh selit sorang lagi bagitau yer..

    BalasPadam
  3. 25 hb ni...penuh tuan.. semua ahli trip lepas semuanya turut serta ripit balik.. insyallah jika ada trip dgn david lagi..saya roger2..sila tinggalkan no contact tuan di email saya maxx.peacock@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, terima kasih tuan..saya dah tinggalkan no contact di alamat email tuan..jangan lupa kongsi cerita nanti..semoga beroleh hasil lebih mantoop kali ni.

      Padam
  4. brape org blh naik bot ni. ade no cont? best story 8-4.. tertarik baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  5. saya ada masukkan link ke FB tekong pada akhir post saya ini, boleh terus Pm dia

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...