Khamis, 31 Januari 2013

Epilog Trips 2012


Sedar tak sedar, akhirnya sudah masuk tahun 2013. Seperti tahun-tahun yang lepas saya sentiasa padat dengan jadual kerja dan trips memancing. Bila dikira-kira kmbali, tahun 2013 merupakan tahun yang paling banyak memerlukan perbelanjaan. Manakah tidak, untuk trips 2013 sahaja akan memakan kos hingga belasan ribu ringgit. Itu belum termasuk kos membeli alat-alatan memancing lagi.

Apapun saya bersyukur semua trips untuk tahun 2012 berjalan dengan lancar dan selamat. Sebelum saya bercerita tentang trips 2013, saya ingin kongsikan postmotem dan asam garam yang berlaku sepanjang trip 2012 yang lalu.

Jadual Memancing 2012

Jan 2012 - Done
Lokasi: Bungsamran Bangkok
Ikan Sasaran: Plabuk & Siamese Carp
Teknik: Floating & Bottom
Organizer: Maxx Peacock & Epol D7L.
★★★★½

Komen: Trips ini meninggalkan kenangan manis kepada saya di mana saya berjaya memperbaharui rekod peribadi ikan Mekong Cat Fish seberat hampir 80kg. Bungsamran Bangkok sememangnya kolam yang paling baik yang pernah saya kunjungi.



Feb 2012 - Done
Lokasi: Kong-Kong JB & Damai Fishing Village
Ikan Sasaran: GT, Queen Fish, Siakap
Teknik: Casting
Organizer: Epol D7L
★★★½

Komen: Kong-kong memang terkenal dengan lambakan ikan siakap merah dan putih, cuma kunjungan kami ke sana ditemani dengan cuaca yang tidak begitu baik. Faktor cuaca yang sering hujang sepanjang kami memancing telah membataskan aktiviti kami. Hanya seekor siakap saja yang berjaya dipancing. Insyallah kami akan kembali lagi ke Kong-Kong.




March 2012 - Done
Lokasi: Rumah Api TU & Damai Fishing Village
Ikan Sasaran: GT, Queen Fish, Siakap
Teknik: Casting & Light Jigging
Organizer: Maxx Peacock & Che Wan
★★★½

Komen: Trips ini merupakan trips membalas dendam akibat kegagalan kami di Kong-kong sebulan lalu. Di rumah api kami berjaya memperolehi hasil yang sangat memuaskan. Keesokkan harinya kami singgah ke kolam air masin yang terkenal di Johor Bahru. Ternyata kolam tersebut tidak mengecewakan. Saya sarankan jangan lepaskan peluang untuk singgah ke kolam ini jika anda berada di Johor Bahru



March 2012 - Done
Lokasi: Royal Belum
Ikan Sasaran: Sebarau/Tengas/Kelah
Teknik: Casting & Bottom
Organizer: Man Cinonet D7L.
★★★★

Komen: Trips ini diatur oleh Geng Tapah Sembat. Saya berpeluang untuk menyertai trip ini bersama mereka. Royal Belum sememangnya kawasan hutan hujan yang masih kaya dengan ikan-ikan sungai pergunungan. Trip ini juga diatur dengan baik sekali oleh GTS. Apa yang tidak best ialah kami terpaksa meredah hutan selama 5 jam untuk tiba di lokasi. Memang meletihkan bagi saya yang jarang-jarang melakukan exercise.



April 2012 - Done
Lokasi: Malang Biru, Indonesia
Ikan Sasaran: Jumuduk Bintik, Jenahak, Merah
Teknik: Jigging & Bottom
Organizer: D7L
(CANCEL - WITHDRAW)

Komen: Satu-satunya trips yang saya terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir. Saya pasti akan ke lokasi ini pada tahun 2013 sebagai trips membalas dendam


May 2012 - Done
Lokasi: Tasik Kenyir
Ikan Sasaran: Sebarau/Tengas/Toman/Siakap
Teknik: Casting & Bottom
Organizer: Maxx Peacock.
★ ½

Komen: Trips Tasik Kenyir ini adalah di bawah kelolaan Kelab Pancing syarikat saya berkerja. Urusan ke kenyir kami serahkan kepada Fresh Event untuk mengelolakan segala kemudahan,lokasi dan makanan semasa di sana. Trips ini melibatkan kehadiran staff syarikat, client dan vendor serta pihak media. Malangnya trips ini adalah yang paling mengecewakan saya. Banyak masalah teknikal yang berlaku pada saat-saat akhir yang mencacatkan aktiviti ini. House bot terpaksa ditukar setibanya kami tiba di sana. Sikap awak-awak yang tidak begitu ramah. Speed bot yang dijanjikan sebanyak 8 buah hanya tiba sebanyak 5 buah sahaja, walhal pembayaran penuh telah dibuat. Hasil pancing pun tiada yang boleh dibanggakan. Walaupun banyak kesulitan berlaku, saya masih berpuas hati dengan penyediaan makanan yang lazat-lazat belaka, lokasi lawatan kami ke taman herba dan sanctuary kelah yang di aturkan oleh Fresh Event.




May 2012 - Done
Lokasi: Taman Negara Pahang - Sg Keniyam
Ikan Sasaran: Sebarau/Tengas/Kelah
Teknik: Casting & Bottom
Organizer: Maxx Peacock.
★ ★ ★ ★

Komen: Trips ini diatur sendiri oleh saya. Sememangnya lokasi ke Taman Negara tidak menghampakan. Lambakan ikan sungai pergunungan terutamanya ikan Kelah masih banyak lagi. Cuma apa yang kami pelajari dari trips ini, ialah penyediaan yang sempurna untuk memancing ikan kelah dari segi peralatan dan penyediaan umpan. Kerana kekurangan pengetahuan ketika itu, banyak ikan kelah gagal dinaikan. Banyak ilmu pengetahuan berkaitan pancingan sungai pergunungan yang kami perolehi semasa trips ini.



Oct 2012 - Done
Lokasi: Pelantar Pulai
Ikan Sasaran: Merah/GT/Cupak
Teknik: Bottom/Jigging/Poping
Organizer: Aay D7L.
★★★★½

Komen: Antara trips terbaik sepanjang tahun 2012. Hasil juga sangat memuaskan. Kepakaran Tekong Pok Lan amat ditagih oleh kami setiap kali ke oil rig di perairan Terengganu.




Nov 2012
Lokasi: Bagan Datoh
Ikan Sasaran: Jenahak & Kurau
Teknik: Bottom
Organizer: Kanang Jawa D7L
★★★½

Komen: Trips ini lebih mensasarkan ikan Kurau yang banyak terdapat di perairan Selat Melaka.  Di sini kami lebih mensasarkan pancingan ikan Pecah Periuk (Triple Tail) dan ikan-ikan lain seperti ikan gelama, ikan merah, ikan duri, ikan gerut-gerut dan ikan appollo pada waktu petang dan malam. Hasilnya boleh dibanggakan. Cuma ketika di atas bot itu saya menghadapi demam yang membataskan aktiviti memancing saya. Memang mengewakan melihat rakan-rakan yang lain berseronok memancing ikan.


Dec 2012
Lokasi: Phuket, Thailand
Ikan Sasaran: Rubby Snapper & Yellow Fin Tuna
Teknik: Bottom/Jigging/Poping
Organizer: Halim D7L
★★★★½

Komen: Trips ini amat mengujakan saya, walaupun terpaksa melalui perjalananan sejauh 3000km, semua kepenatan hilang apabila menaiki bot. Bot yang dilengkapi dengan kemudahan yang selesa serta sikap ramah tekong meluaskan lagi pandangan saya semasa memancing di perairan Andaman Sea. Saya juga berjaya memperolehi lesen Kerapu hitam pertama di sini. Report tangkapan saya pada trips ini akan saya update pada masa akan datang.



Selain trips-trips di atas, terdapat juga trips mengejut yang tidak dirancang sama sekali seperti trip di tuas Yan,OFB dan Trips tester di Damai Fishing Village.




Jadual Memancing 2013

Feb 2013
Lokasi: BKK Pond Bangkok
Ikan Sasaran: Arapaima & Siamese Carp
Teknik: Casting

Organizer: Epol D7L.


April 2013
Lokasi:Rompin
Ikan Sasaran: Layaran
Teknik: Driffting
Organizer: Maxx Peacock


April 2013
Lokasi:Kuching
Ikan Sasaran:  Red Snapper & Tenggiri
Teknik: Bottom & Jig Casting
Organizer: Asong D7L.


May 2013
Lokasi: Malang Biru Indonesia
Ikan Sasaran: Jemuduk, GT, Jenahak, Ikan Merah
Teknik: Bottom & jigging
Organizer: Epol D7L.


June 2013
Lokasi: Mindai Indonesia
Ikan Sasaran: Jemuduk, GT, Jenahak, Ikan Merah
Teknik: Bottom & jigging
Organizer: Epol D7L.


Sept 2013
Lokasi: Bungsamran Bangkok
Ikan Sasaran:Mekong Cat Fish & Siamese Carp
Teknik: Bottom
Organizer: Maxx Peacock


Oct 2013
Lokasi: Taman Negara Pahang
Ikan Sasaran: Kelah, Tengas & Sebarau
Teknik: Bottom &Casting
Organizer: Maxx Peacock


Nov 2013
Lokasi: Pelantar Minyak Dungun
Ikan Sasaran: Jemuduk, GT, Jenahak, Ikan Merah,Kerapu
Teknik: Bottom & jigging
Organizer: Aay D7L.


1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...