Memaparkan catatan dengan label Bait Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bait Info. Papar semua catatan

Jumaat, 10 April 2015

Umpan Patin Abg Fabio Part II



Sambungan daripada entry sebelum ini yang bertajuk Umpan Patin Abg Fabio Part I, Saya ingin kongsikan satu lagi resepi umpan patin yang berjaya saya korek dari seorang teman yang bernama Abg Fabio. Beliau merupakan salah sorang hardcore kolam bayar yang wujud di negara ini. Umpan yang ingin saya kongsikan ini, belum pernah dicuba oleh saya kerana kesibukan masa yang menghadkan saya ke kolam bayar. Tetapi telah terbukti berhasil ketika Abg Fabio menggunakannya. Jika ada yang ingin mencubanya, silakan dan ingin dimaklumkan umpan ini tidak di jamin 100% menjadi kerana jika anda seorang pemancing kolam, pasti anda paham dengan kerenah ikan kolam yang sering bertukar-tukar selera.

Ramuannya


Kelapa Parut (Sebiji kelapa)

1 tin Ice Cream Soda jenama F&N

Isnin, 30 Mac 2015

Umpan Patin Abg Fabio Part I


Hendak dijadikan cerita, saya mempunyai seorang rakan yang merupakan pemancing  hardcore di kolam bayar, tidak sah jika beliau tidak turun ke kolam dalam sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu. Beliau juga begitu aktif menyertai pertandingan yang di adakan di kolam-kolam comercial. Jika berkenaan tentang Jackpot, memang selalu beliau mendominasikan carta jackpot di kolam. Pelik sungguh melihat umpan yang digunakan oleh beliau sentiasa menjadi. Malah beliau mempunyai puluhan jenis resepi umpan untuk menjerat ikan kolam. Walaupun saya kini sudah jarang-jarang memancing kolam kerana terjebak dengan kegilaan jigging dan memancing laut dalam. Walaupu begitu, saya cuba-cuba mengorek rahsia umpan yang digunakan beliau kerana perasaan ingin tahu yang begitu mendalam. Akhir saya berjaya memperolehi beberapa ramuan umpan patin  dari beliau dan saya ingin kongsikan di blog ini. 

Ramuannya:


Santan kelapa


Sepeket Mauripan


Sebiji Telur Itik

Khamis, 19 Mac 2015

Kenali dan Cara-cara memancing Ikan Siakap


Siapa yang tidak kenal ikan siakap. Ikan Siakap atau lebih dikenali dengan nama Barramundi atau Kakap Putih merupakan ikan yang sangat popular di negara kita. Ini kerana ikan Siakap amat mudah didapati di mana jua. Tidak kira di restoran budget ataupun restoran mewah, ikan siakap pasti merupakan hidangan lazat dan istimewa. 

Begitu juga dikolam-kolam memancing. Ikan siakap yang mempunyai sifat yang tahan lasak serta kuat melawan membuatkannya menjadikan ikan pilihan utama di setiap kolam memancing. Harganya yang murah tetapi mendapat permintaan terlalu tinggi membuatkan ikan Siakap diternak secara besar-besaran. Tidak hairanlah jika kita ke pasar-pasar ikan, ikan siakap menjadi pilihan wajib ada di setiap gerai. Jika di nilai secara rambang mengenai harga ikan ini, kebiasaanya ikan ini di jual dengan harga RM10 – RM12 sekilo. Berbeza dengan ikan siakap yang dibela, ikan siakap liar atau lebih dikenali sebagai siakap ekor kuning mempunyai harga yang lebih bernilai tinggi setinggi RM15-RM20 sekilo. Dengan harga ikan ini dipasaran membuktikan ikan ini mampu dibeli oleh kebanyakan masyarakat dan melonjakkan permintaan terhadap ikan ini.


Berbeza dengan pandangan pemancing, ikan siakap merupakan ikan wajib menjadi koleksi peribadi. Ikan siakap mempunyai daya juang yang kuat dan amat bijak meloloskan diri memberi cabaran kepada memamancing. Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

Siakap muda makan zooplankton. Ikan ini tinggal di sungai paya bakau dan mampu menyusur sungai air tawar semata-mata untuk  bertelur. Anak-anak ikan siakap yang belum matang akan tinggal di sungai air payau di kawasan paya bakau. Ikan ini mempunyai kemampuan untuk hidup di air masin dan air tawar. Selepas matang ikan ini akan ke lautan untuk berdikari. Apabila berada dilautan, ikan ini gemar menjadikan kawasan berstruktur sebagai tempat tinggal dan menggendap mangsa. Tidak hairanlah ikan ini banyak ditangkap di kawasan kapal karam dan kawasan pemecah ombak di tebing-tebing pantai.

Set Memancing


Walaupun ikan ini mempunyai daya juang yang tinggi, memadailah jika kita menggunakan rod berkekuatan Pe1-2 dipadankan dengan mesin yang berkekuatan 2000 atau 3000 siries. Saya juga mencadangkan menggunakan tali utama berkekuatan 10lb-20lb. Selain itu penggunaan perambut mono berkekuatan 20lb-30lb amat penting untuk memancing ikan siakap. Ikan siakap mempunyai struktur tulang seakan-akan pisau dikedua pipinya. Ikan siakap akan melompat di permukaan air untuk mencari peluang melepaskan diri dengan memutuskan tali perambut dengan menggunakan senjata tersebut. Oleh itu perambut mono yang hendak digunakan haruslah tahan lasak.

Selasa, 2 September 2014

Kenali & Cara-cara memancing ikan Merah




Ikan Merah atau lebih dikenali sebagai Red Snapper (Lutjanus campechanus) merupakan ikan yang amat terkenal dikalangan pemancing. Tidak kira dimana sahaja pelosok dunia, semuanya mengenali ikan ini.  Di Negara kita ikan merah merupakan hidangan wajib untuk setiap masakan tempatan. Justeru permintaan yang tinggi di pasaran menyebabkan harga ikan ini melambung tinggi.  Selain itu isinya yang enak menyebabkan ikan ini sentiasa menjadi sasaran kaki mancing.
Di Malaysia, ikan ini terdapat di seluruh pelosok lautan kita. Tidak kira di mana sahaja,ikan ini amat mudah di dapati terutamanya di kawasan yang terdapat karang dan kapal karam. Antara ikan-ikan yang tergolong dari keluarga ikan Merah yang terdapat di perairan kita ialah:
  1. Ikan Merah (Lutjanus campechanus)
  2. Ikan Merah Pucat (Lutjanus purpureus)
  3. Ikan Merah Mentimun
  4. Ikan Merah Celoreng a.k.a Red Emperor
  5. Ikan Merah Suman a.k.a Japanese Red ( Pinjolo Pinjolo)
  6. Ikan Merah Ekor Sabit a.k.a Ruby Snapper
  7. Ikan Merah mata hitam
  8. Raja Sayang a.k.a Chinaman Fish
Ikan Merah mampu membesar hingga belasan kilo. Tidak mengejutkan jika ada pemancing yang berjaya memancing specis ini yang bersaiz monster.
Ikan Merah Suman a.k.a Japanese Red ( Pinjolo Pinjolo) 
Ikan Merah Celoreng a.k.a Red Emperor
 Ikan Merah Pucat (Lutjanus purpureus)
Raja Sayang a.k.a Chinaman Fish
Umpan Ikan Merah
Memancing ikan merah amat mudah. Ikan ini tidak terlalu memilih umpan. Tidak kira umpan segar ataupun busuk, pasti dimakannya. Antara umpan-umpan popular yang digunakan untuk memancing ikan merah ialah.

Ahad, 10 Ogos 2014

Kenali & Cara-cara memancing Ikan Jenahak




Ikan Jenahak merupakan ikan yang sentiasa menjadi sasaran pemancing. Ikan ini di negara barat lebih dikenali sebagai John Snapper atau Golden Snapper. Di negara kita ikan ini diberi gelaran bantal emas jika saiznya melebihi 3kg. Ini kerana ikan Jenahak bersaiz matang akan mempunyai sisik berwarna keemasan. Ikan ini sangat popular dikalangan penduduk Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Ikan ini mempunyai rasa yang lazat dan manis terutamanya ketika masih segar. Pemancing pasti berbangga jika berjaya memperolehi ikan jenahak bersaiz bantal emas.
Habitat.
Ikan yang mampu membesar sehingga belasan kilo ini amat gemar tinggal di kawasan karang dan lubang-lubang di dasar laut. Kapal karam atau tukun tiruan juga menjadi habitat kegemaran ikan ini.
Di negara kita ikan ini banya terdapat di kawasan perairan Melaka di sebelah barat semenanjung Malaysia. Ini kerana ikan ini gemar tinggal dikawasan perairan laut yang mempunyai dasar berlumpur. Berbeza dengan perairan laut China Selatan, kawasan dasar perairan tersebut yang berpasir menyebabkan ikan jenahak jarang-jarang diperolehi. Untuk memancing ikan ini, waktu malam merupakan waktu terbaik untuk memancing ikan ini. Ini kerana ikan ini amat aktif apabila malam menjelma.
Selain lautan lepas, ikan ini banyak dibela oleh pengusaha ternakan ikan. Jika kita ke kolam air masin, pasti terdapat ikan ini di kolam-kolam sedemikian. Selain itu kehadiran ikan ini di kolam-kolam air masin menarik minat para pemancing untuk berkunjung ke kolam mancing.


Jenahak yang matang digelar sebagai Bantal Emas
Jenahak yang belum matang akan kelihatan tanda hitam di belakang sirip dorsalnya
Umpan
Sepanjang pengalaman saya memancing ikan ini, saya mendapati ikan jenahak merupakan ikan paling cerewat yang pernah saya pancing. Maka pemancing perlulah peka dan mahir dalam memilih umpan untuk memancing ikan ini. Di sini saya ingin kongsikan umpan yang berkesan untuk ikan ini.

Selasa, 24 Jun 2014

Tok Wan Blade (Custom Blade) - Kecil tetapi Berbisa



Tok Wan Blade ialah Custom Blade yang di buat sendiri oleh Tok Wan yang berasal dari utara tanahair. Secara kebetulan saya sempat berkenalan dengan Tok Wan sendiri ketika berlangsungnya Casting Battle anjuran Team Bangau di kolam Bedong Sg.Petani bulan lepas. Selain Tok Wan, saya juga dapat berkenalan dengan team AKULA yang turut serta menyertai pertandingan tersebut. Selepas Casting Battle tersebut tamat pada pukul 12.00 tengahari, kesemua peserta memancing secara free & easy di kolam Bedong tersebut.
 
Beberapa rakan-rakan kami mengambil kesempatan untuk berehat dan ada juga yang menyambung memancing di kolam ini. Ini termasuk juga ahli-ahli team AKULA yang tekun dengan aktiviti casting. Saya yang sedang berehat-rehat memerhatikan kumpulan ini casting mendapati peluang mereka untuk hook-up amat tinggi sekali. Siakap di kolam Bedong yang sangat pandai memilih umpan kelihatan amat mudah terperdaya dengan gewang yang kumpulan AKULA gunakan. Ini telah menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
 
 
Ketika saya menghampiri salah seorang ahli team AKULA ini, saya dapati mereka menggunakan lure Blade yang istimewa. Blade besi yang digunakan mereka amat kecil sebesar 33mm sahaja tetapi lenggokkan blade ini amat istimewa dan mengeluarkan getaran yang unik. Mungkin para casting sudah biasa dengan Blade besi yang banyak dijual dipasaran, tetapi saya mendapati Blade Tok Wan ini jelas mempunyai ciri-ciri yang istimewa berbanding blade lure lain yang ada di pasaran.
 
Selepas bertanya  kepada Tok Wan sendiri, beliau mengatakan Tok Wan Blade buatan beliau amat mendapat sambutan tinggi di kawasan utara tanahair. Ini kerana harganya yang berpatutan serta amat flexible digunakan di semua kawasan memancing. Tidak kira ikan sungai atau pun laut, pasti ada yang akan terperdaya dengan lenggokan Tok Wan Blade ini. Selain itu Tok Wan juga telah memberi mandat kepada Team AKULA sebagai tester rasmi Tok Wan Blade. Ini terbukti dengan gambar-gambar hasil tangkapan pelbagai ikan menggunakan Tok Wan Blade di Facebook team AKULA (Click Here). Saya juga sempat membeli beberapa ketul Tok Wan Blade untuk dicuba pada masa akan datang. Bagi yang berminat untuk memiliki Tok Wan Custom Blade, boleh lah berkunjung di FB Tok Wan ataupun di AKULA: Fishing community atau terus berhubung dengan pengedar Tok Wan Blade sendiri.
 
Page Tok Wan Blade: https://www.facebook.com/Tokwan
 
 
 
Pilihan warna Tok Wan Blade
 
 
Antara gambar-gambar yang sempat saya copy dari Page Tok Wan dan Team AKULA.
 




Selasa, 9 April 2013

Kenali Ikan Kerapu (Grouper)





Ikan Kerapu (Grouper) adalah antara ikan paling popular di negara kita, tak kira di mana sahaja pasti terdapat peminat ikan kerapu ini. Permintaan yang tinggi terhadap spesis ikan serta harga yang tinggi dipasaran di Malaysia telah membuatkan pemancing sentiasa memburu ikan ini. Pemancing sanggup meredah lautan lepas selama berhari-hari semata-mata untuk memancing ikan kerapu ini yang mempunyai rasa yang lazat apabila di jadikan hidangan.

Kita sebenarnya di Malaysia amat bertuah kerana taburan ikan kerapu banyak di perairan negara kita. Oleh kerana itulah ikan kerapu amat mudah dipanciing dimana-mana kawasan air masin dan muara sungai di negara kita. Ikan kerapu sebenarnya mempunyai banyak jenis dan hanya beberapa jenis sahaja yang menjadi buruan pemancing. Setiap spesis juga mempunyai nilai harga yang berlainan bergantung kepada permintaan. Di sini saya ingin berkongsi kepada pengunjung maklumat tentang ikan kerapu di negara kita.

Malabar Grouper

Kita sebenarnya di Malaysia amat bertuah kerana taburan ikan kerapu banyak terdapat di perairan negara kita. Oleh kerana itulah ikan kerapu amat mudah didapati di peraran kita. Ikan kerapu sebenarnya mempunyai banyak jenis dan hanya beberapa jenis sahaja yang menjadi buruan pemancing. Setiap spesis juga mempunyai nilai harga yang berlainan bergantung kepada permintaan. Di sini saya ingin berkongsi kepada pengunjung maklumat tentang ikan kerapu di negara kita. 

Selasa, 29 Januari 2013

Cara pantas mencari Umpan Cacing



Bila disebut perkataan cacing, pasti anda mula terbayang-bayang sejenis mahkluk yang tinggal di dalam tanah dan mempunyai rupa bentuk fizikal yang amat mengelikan. Tetapi tidak kepada pemancing. Cacing merupakan umpan universal yang paling effective untuk  memancing apa-apa jenis ikan di sungai.

Cuma untuk mencarinya amat sukar dan meletihkan. Pemancing perlu mencari kawasan yang menjadi tempat tinggal hidupan ini dan memerlukan kerahan tenaga menggali tanah untuk menemui cacing ini. Oleh itu saya ingin berkongsi cara mudah untuk mencari cacing tanpa perlu menggali tanah.

Credit diberi kepada Faizol BatuArang yang sudi berkongi info berguna ini untuk dimuatkan di dalam blog saya ini. Ternyata teknik ini amat berguna kepada pemancing yang ingin menggunakan cacing sebagai umpan memancing ikan.

Cara-caranya ialah:

Pertama sekali kita memerlukan garam kasar

Masukkan air dan gaul bahan tersebut hingga sebati

Selepas berada lokasi yang dipercayai tempat tinggal cacing.
Jiruskan campuran air garam tersebut di tempat tersebut.


Tunggu beberapa minit. Cacing akan keluar dengan sendirinya.

Lihat hasilnya. Mudah bukan

Gambarajah di bawah menunjukkan cara-cara mencangkuk umpan cacing.



Selamat mencuba.


Rabu, 1 Februari 2012

Umpan Rahsia Bungsamran Bangkok


Ketika kunjungan saya ke kolam pancing paling popular iaitu Bungsamran Fishing Pond di Bangkok, sempat saya memerhatikan guide yang diupah kami membuat umpan. Ternyata umpan tersebut tersangat efektif. Setiap selang 5 minit pasti ada saja ikan Mekong Cat Fish (Plabuk) yang menjamah umpan tersebut. Sempat juga saya pelajari bagaimana untuk membuat ramuan tersebut.

Menurut guide kami, bahan yang paling penting untuk umpan ini ialah pes istimewa yang tiada di jual dimana-mana tempat kecuali di Bungsamran sahaja. Campuran paste ini sangat wangi dan berupaya menaikan selera ikan Plabuk di sana untuk memakan umpan.

Sebelum saya meninggalkan Bungsamran, sempat saya membeli beberapa botol pes tersebut untuk dicuba di kolam di negara kita.

Jumaat, 9 Disember 2011

Umpan Patin

Resepi ini saya perolehi dari rakan saya dari Team COFA. Ingin saya kongsikan bersama kepada pengunjung blog ini. Keberkesanan umpan ini bergantung mengikut keadaan dan tempat. Seperti diketahui setiap ikan  kolam air tawar mempunyai perangai yang berbeza-beza. Lain tempat lain seleranya. Tapi bagi saya tak salah untuk  mencuba dan siapa tau umpan ini boleh menjadi salah satu umpan power pada para pengunjung blog ini.

Rabu, 7 Disember 2011

Ikan Patin


Ikan Patin atau nama saintifik Pangasius Sutchi & Pangasius hypophthmus adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau lebih 20kg.

Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar.

Ikan patin merupakan ikan yang tidak memilih makanan di mana diet ikan ini ialah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang. 

Ikan patin yang mempunyai isi yang lazat dan lemak manis merupakan ikan kegemaran masyarakat   terutama di  Asia Tenggara. Ikan ini juga berada di sungai-sungai  di Eropah sebagai ikan pendatang.

Isnin, 10 Oktober 2011

Malaysian SailFish


Sailfish adalah  spesis ikan dalam golongan Istiophorus genus, yang tinggal di lautan yang mempunyai keadaan cuaca lebih panas daripada semua lautan dunia. Mereka sebahagian besar berwarna biru kelabu dan mempunyai ciri-ciri erektil sirip dorsal  yang dikenali sebagai layar, yang sering membentang keseluruhan panjang belakang. Satu lagi ciri yang ketara ialah rang pada muncung ikan  yang memanjang, menyerupai ikan todak dan marlin lain. Oleh itu, Mereka digambarkan sebagai billfish dalam arena sukan memancing.

Sailfish mampu membesar dengan cepat dan mampu mencapai 1.2-1.5 meter panjang dalam masa satu tahun. Ikan ini gemar mencari makanan di permukaan atau di pertengahan laut mencari ikan umpan yang lebih kecil seperti ikan sardin, ikan kembung, ikan selar, ikan tamban dan sotong

Sailfish mampu berenang dan mencatatkan pada kelajuan sehingga 110 kilometer sejam (68 mph). Secara umumnya, sailfish tidak boleh membesar  lebih daripada 3 meter (9.8 kaki) panjang dan jarang berat ikan ini lebih daripada 90 kilogram (200 lb). Ini berbeza dengan saudara rapatnya iaitu ikan Marlin yang mampu membesar sehingga mencapai berat lebih 300 kilogram.

Sabtu, 3 September 2011

Ikan Kelah - King Of The River



Apa itu Ikan Kelah?

Menurut Wikipedia: Ikan Kelah atau Mahseer adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India.

Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilo gram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikan Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.

Jumaat, 20 Mei 2011

Teknik Mencandat @ Eging






Apakah itu mencandat atau Eging?
Maksud sebenar mencandat atau Eging ialah, teknik untuk memperdayakan atau memancing specis sotong dengan menggunakan set ringan dan menggunakan sejenis umpan tiruan khas. Di negara kita umpan tiruan tersebut lebih dikenali sebagai candat.
Eging pula ialah gelaran popular bagi pemancing di negara Jepun, Teknik Eging lebih tertumpu di kawasan berbatu di tepian pantai dan kawasan karang ataupun tukun.

Sebelum kita mengenali teknik candat ataupun teknik Eging, adalah lebih baik jika kita mengenali specis sotong yang boleh diperdayakan oleh teknik mencandat ataupun Eging.

Menurut Wikepidia,Sotong ialah sejenis haiwan laut atau nama scientifiknya Teuthida, terdapat 300 spesies terdapat di dunia ini. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. Di negara kita hanya terdapat beberapa jenis sotong yang boleh di candat@Eging dan sentiasa menjadi buruan peminat pancingan ini

Selasa, 13 Julai 2010

UMPAN KOLAM AIR TAWAR

Bercerita tentang pancingan air tawar terdapat 2 katogori yang sentiasa menjadi pilihan para pemancing termasuk saya sendiri iaitu pancingan di sungai & lombong yg mensasarkan ikan air tawar yang bersifat liar atau pancingan di kolam-kolam bayar yang menawarkan pelbagai ikan untuk dipancing serta penganjuran pertandingan memancing pada setiap bulan yg menawarkan wang tunai (jackpot) & barangan mancing


Pancingan Kolam





Pancingan Sungai & Lombong



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...