Memaparkan catatan dengan label Baramundi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baramundi. Papar semua catatan

Khamis, 19 Mac 2015

Kenali dan Cara-cara memancing Ikan Siakap


Siapa yang tidak kenal ikan siakap. Ikan Siakap atau lebih dikenali dengan nama Barramundi atau Kakap Putih merupakan ikan yang sangat popular di negara kita. Ini kerana ikan Siakap amat mudah didapati di mana jua. Tidak kira di restoran budget ataupun restoran mewah, ikan siakap pasti merupakan hidangan lazat dan istimewa. 

Begitu juga dikolam-kolam memancing. Ikan siakap yang mempunyai sifat yang tahan lasak serta kuat melawan membuatkannya menjadikan ikan pilihan utama di setiap kolam memancing. Harganya yang murah tetapi mendapat permintaan terlalu tinggi membuatkan ikan Siakap diternak secara besar-besaran. Tidak hairanlah jika kita ke pasar-pasar ikan, ikan siakap menjadi pilihan wajib ada di setiap gerai. Jika di nilai secara rambang mengenai harga ikan ini, kebiasaanya ikan ini di jual dengan harga RM10 – RM12 sekilo. Berbeza dengan ikan siakap yang dibela, ikan siakap liar atau lebih dikenali sebagai siakap ekor kuning mempunyai harga yang lebih bernilai tinggi setinggi RM15-RM20 sekilo. Dengan harga ikan ini dipasaran membuktikan ikan ini mampu dibeli oleh kebanyakan masyarakat dan melonjakkan permintaan terhadap ikan ini.


Berbeza dengan pandangan pemancing, ikan siakap merupakan ikan wajib menjadi koleksi peribadi. Ikan siakap mempunyai daya juang yang kuat dan amat bijak meloloskan diri memberi cabaran kepada memamancing. Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.

Siakap muda makan zooplankton. Ikan ini tinggal di sungai paya bakau dan mampu menyusur sungai air tawar semata-mata untuk  bertelur. Anak-anak ikan siakap yang belum matang akan tinggal di sungai air payau di kawasan paya bakau. Ikan ini mempunyai kemampuan untuk hidup di air masin dan air tawar. Selepas matang ikan ini akan ke lautan untuk berdikari. Apabila berada dilautan, ikan ini gemar menjadikan kawasan berstruktur sebagai tempat tinggal dan menggendap mangsa. Tidak hairanlah ikan ini banyak ditangkap di kawasan kapal karam dan kawasan pemecah ombak di tebing-tebing pantai.

Set Memancing


Walaupun ikan ini mempunyai daya juang yang tinggi, memadailah jika kita menggunakan rod berkekuatan Pe1-2 dipadankan dengan mesin yang berkekuatan 2000 atau 3000 siries. Saya juga mencadangkan menggunakan tali utama berkekuatan 10lb-20lb. Selain itu penggunaan perambut mono berkekuatan 20lb-30lb amat penting untuk memancing ikan siakap. Ikan siakap mempunyai struktur tulang seakan-akan pisau dikedua pipinya. Ikan siakap akan melompat di permukaan air untuk mencari peluang melepaskan diri dengan memutuskan tali perambut dengan menggunakan senjata tersebut. Oleh itu perambut mono yang hendak digunakan haruslah tahan lasak.

Ahad, 25 Januari 2015

Throwback: Mengubat Rindu Di Rompin



Rindu rasanya hendak memancing di Rompin yang terkenal dengan ikan layarannya. Pelbagai cerita hebat dari rakan-rakan yang telah menduga rompin dan ikan layaran pada akhir tahun lepas di sampaikan kepada saya. Berita sedemikian membuatkan saya tidak senang duduk dan dengan segera perancangan ke Rompin untuk memancing telah dibuat.



Walaupun pada masa tersebut ialah bukan waktu terbaik untuk memancing ikan layaran, niat saya tetap teguh untuk memancing di Rompin. Selepas membuat tempahan bot dengan salah seorang pengusaha bot terkenal di Rompin iaitu Nuries dan isterinya Pn. Rose, saya dengan segera bergerak menuju ke Rompin pada akhir tahun 2014. Kegelisahan juga melanda saya kerana waktu tersebut bukan waktu sesuai untuk memancing kerana musin monsoon akan berlaku bila-bila masa sahaja. Setibanya saya di Rompin bersama 4 orang rakan-rakan saya yang lain, kami di sambut mesra oleh Rose di jeti. Tanpa membuang masa kami terus menuju ke lokasi yang dijanjikan . Perjalanan kami juga disertai oleh Pn. Rose yang ingin memancing bersama-sama dengan kami

Pn. Rose yang turut serta memancing bersama kami

Setibanya kami di Pulau Berhala, kelihatan pukat banyak dilepaskan oleh nelayan. Keadaan ini menjadikan peluang kami untuk memancing terbantut. Oleh kerana itu kami lebih focus kepada teknik trolling  dengan harapan ada ikan predator yang sudi melayan kami.


Pulau Berhala

Trolling

Strike pertama dari saya dengan teknik trolling

Fish On..!!

 Dan ini hasilnya...Great Barracuda

Rabu, 9 Julai 2014

Casting Battle - Edisi Casting Sampai Lebam


Pada 4 Jun 2014 yang lepas. saya telah di jemput oleh Team Bangau untuk menyertai Casting Battle di Kolam Bedong yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Kumpulan caster tegar ialatu Team AKULA dari utara tanahair juga turut terlibat dalam casting battle ini. Majalah Umpan juga turut menjadi wakil Media sempena Casting Battle ini. Casting Battle ini akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Setiap peserta hanya dibenarkan menggunakan satu gewang sahaja sepanjang pertandingan ini. Maka sudah pasti setiap peserta akan menggunakan gewang killer masing-masing.
 
Perbagai hadiah berupa peralatan memancing ditawarkan sebagai hadiah pemenang. Apa yang menarik minat saya ialah hadiah utamanya ialah kesemua gewang yang menajadi pertaruhan para caster sepanjang Casting Battle ini berlangsung.
 
Tujuan pertandingan ini dibuat adalah untuk mengeratkan silaturahim antara Team Bangau dan Team AKULA dari utara. Selain itu, desas desus kolam Bedong bakal tutup juga menjadi penyebab lokasi ini menjadi pilihan. Ini supaya kami dapat memancing sepuah hati di sini sebelum ditutup.
 
 
 

 Organizer Casting Battle memberi penerangan sebelum pertandingan bermula.



 Antara senjata yang bakal digunakan.
 


Antara peserta yang turut serta menyertai Casting Battle.
 



Antara aksi-aksi sepanjang pertandingan berlangsung.

Rabu, 8 Januari 2014

Melayan Si Comel Memancing



Sudah beberapa kali anak lelaki saya Arif yang berumur 3 tahun ingin mengikut saya memancing. Kasihan juga saya melihatnya. Ikutkan hati ingin membawanya bersama, tetapi lokasi yang mencabar membataskan niat saya untuk membawanya bersama. Selepas sekian lama, saya mengatur rancangan untuk membawa si comel ini memancing bersama. Niat saya ini juga saya panjangkan kepada rakan-rakan yang lain. Syukur, ramai juga yang ingin turut serta bersama anak masing-masing. Lokasi yang dipilih ialah kolam RM3 di Jugra, Banting. Lokasi ini dipilih setelah diambil kira faktor keselamatan dan peratusan tangkapan. Sebelum ke sana sempat saya hadiahkan kepada anak saya satu set pancing berkekuatan rod 6-8lb dan Kekili Shimano Senna 1000 dilengkapi dengan tali mono 8lb sebagai permulaan. Diharap set ini dapat memberi galakan kepada anak saya untuk meminati hobi yang sama dengan saya. Kali ini saya cuma membantu Arif dalam penyediaan perambut dan umpan sahaja. Selebihnya saya serahkan kepada anak saya. Ini supaya beliau akan cepat belajar dalam melempar umpan dan mengawal pergerakan ikan yang telah dipancing.

 Strike pertama dari Arif

Trofi Siakap Comel.

Naufal (anak Ashruun)  sedang beraksi

Isnin, 19 November 2012

Testing-Testing di Kolam Damai JB


Mulanya saya menerima panggilan telephone dari owner kolam Damai iaitu En Aziz dan rakan perniagaannya iaitu Mr. Ah Yam menjemput saya mewakili team D7L untuk menguji 3 buah kolam pancing yang baru dibuka beliau. Jemputan dari En. Aziz terus disambut baik oleh saya.
Memandangkan En. Aziz telah menjemput saya memancing di kolam damai secara percuma. Saya terus menghubungi Editor majalah Umpan En. Hazrizal untuk turut serta dalam trips ini supaya dapat memberi free marketing kepada kolam Damai sebagai membalas jasa En. Aziz menjemput saya mencuba kolam baru mereka. Selain itu, saya juga membawa rakan- rakan D7L lain untuk memeriahkan lagi lapangan ujian di kolam ini.
Selepas membuat perancangan singkat, kami bergerak dengan 2 buah kereta menuju ke bandaraya Johor bahru. kami tiba seawal pukul 6.50 pagi dan terus bergerak menuju ke lokasi.
Setibanya kami di sana, kami di jemput mesra oleh Mr. Ah Yam. Lokasi pertama kami ialah kolam D+, sebuah kolam baru yang dibuka oleh Damai Fishing Villege. Kolam ini mengamalkan 100 % sepenuhnya aktiviti casting dan cacth & release.

Khamis, 24 Mei 2012

JB Conquest Part 2 - Damai Again..!!


Sekali lagi saya dan rakan-rakan ke Kolam Damai Fishing Villege selepas menerima jemputan khas dari En. Aziz, owner kepada kolam ini. Kunjungan khas saya kali ini ialah untuk memperkenalkan kolam ini kepada orang ramai menerusi Majalah Umpan terbitan Karangkraf. Saya amat berterima kasih kepada En. Aziz kerana sudi menjemput kami dan kepada En. Hazrizal, editor majalah umpan serta krew Majalah Umpan kerana sudi turut serta memancing di kolam yang amat terkenal di Johor Bahru.

Khamis, 8 Mac 2012

Kumpau Di Muara Kong-Kong


"Kumpau" ialah istilah tempatan oleh kaki pancing di Malaysia apabila gagal memperolehi ikan sasaran ataupun target yang telah ditetapkan sebelum pergi memancing. Perkara sedemikian merupakan perkara biasa dan sentiasa dialami oleh kaki pancing seperti saya. Perkara ini sememangnya menjadi adat memancing dan pemancing perlu menerima kekecewaan apabila gagal mencapai target ikan.

Walaupun segala persiapan kelengkapan memancing telah lengkap dan teknik yang digunakan betul, kadang kala nasib masih tidak menyebelahi diri kita. Itulah yang terjadi kepada diri saya dan kumpulan saya ketika berkunjung di sebuah muara yang terletak di Johor Bahru yang dikenali sebagai muara Kong-Kong. Tempat ini amat terkenal dengan lambakan ikan Siakap liar yang banyak serta habitatnya yang masih terpelihara.

Khamis, 1 Mac 2012

Ujian Lapangan Damai Fishing Village


Ini merupakan kunjungan pertama kali saya ke kolam Damai Fishing Village yang terletak di selatan tanahair. Damai Fishing Village terletak di Kg Sungai Danga Taman Perling, Johor Bahru merupakan salah satu destinasi wajib yang ,mesti disinggahi oleh kaki pemancing khususnya yang berada di selatan tanahair. Ini kerana kolam ini mampu menjanjikan satu kepuasan menarik ikan bersaiz gadang tanpa perlu turun kelaut dalam.  Damai Fishing Village mempunyai  4 buah kolam air masin dan 1 kolam air tawar . Kolam A & B menyediakan konsep tangkap & bawa pulang ikan yang dipancing dengan kos RM50 dan RM65 untuk 5 jam memancing manakala kolam C, D & E pula menyediakan konsep tangkap dan lepas dengan kos RM450 untuk 6 orang memancing selama 3 jam. Kolam tangkap dan lepas ini juga membenarkan pemancing mengunakan kaedah casting dan memancing menggunakan umpan isi ikan dasar atau kedua-duanya sekali.




Kerana faktor-faktor tersebutlah menyebabkan saya, Zaki, Saiful, Berg, Yuhimi dan Shafiq sanggup datang dari Shah Alam menuju ke kolam ini. Terlebih dahulu kami telah membuat tempahan untuk memancing pada awal pagi di kolam D. Kolam ini penuh dengan ikan yang bersaiz gadang seperti  Ikan GT, Siakap, Gerong Belang, Teliga Gajah, Jenahak, Siakap Merah, Talang dan Pecah Periuk. Setibanya mereka ke kolam Damai Fishing Village, mereka telah disambut mesra oleh Abg. Khairul yang akan bertugas sebagai pembantu ketika mereka memancing nanti. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...