Dua malam sudah berlalu untuk trip explorasi team D7L di Similan Island, Phuket. Trips yang pertama kali kami kunjungi ini tidak menghampakan. Setakat hari ke-2 di sini, hasil tangkapan ikan yang kami perolehi boleh dibanggakan. Cuma setakat ini belum lagi ada tangkapan ikan yang boleh di digelar sebagai "Monster Fish".
Selepas berhempas pulas pada malam ke-2, kami meneruskan aktiviti memancing.
Memancing tetap diteruskan sehingga fajar menjelma
Selepas bersarapan pagi, bot bergerak menuju kelubuk drop off semula seperti semalam. Hari ini ialah hari terakhir kami di Similan Island. Kami berharap dapat menemukan kami dengan ikan yang lebih besar berbanding semalam. Selepas semua telah bersedia, Tekong Sai Yan memberi isyarat supaya melabuhkan umpan. Seperti semalam, umpan terus diragut selepas tiba di dasar. Ikan kerapu yang berjaya dinaikkan juga mempunyai saiz yang sama seperti semalam. Tekong Sai Yan berpindah beberapa lubuk lain dan hasilnya tetap sama.
Seperti faham dengan kehendak kami, tekong Sai Yan bercadang untuk bergerak lebih jauh. Perjalanan akan mengambil masa dalam 2 jam. Sementara itu, saya dan rakan-rakan berbincang mengenai harapan dan cita-cita untuk memancing ikan kerapu bersaiz gergasi di Similan Island.
Sedang rancak kami berbual, tekong memberi isyarat supaya bersiap sedia. Lubuk yang akan disinggahi sudah dekat. Sementara tekong membetulkan posisi bot, sempat saya menjenguk sonar. Kelihatan seperti kawasan berbukit di dasar. Sonar juga menunjukkan tanda-tanda terdapat ikan. Apabila umpan sampai ke dasar, terdapat tanda-tanda getuan dan butang electrik ditekan dengan pantas untuk mengarau secara automatik. Tetapi kali ini mesin electronik kami tidak dapat mengarau sendiri. Tekanan pada hujung joran sangat hebat. Kami terpaksa menggunakan tenaga sendiri untuk mengarau secara manual. Sedikit demi sedikit tali dapat digulung ke dalam mesin. Walaupun menggunakan mesin electronik yang mengarau sendiri, kali ini kami terpaksa bertarung menggunakan tenaga sendiri dan ia memakan masa lebih dari setengah jam. Kejadian ini bukan berlaku pada saya, tetapi hampir semua rakan-rakan lain yang turut melabuhkan umpan. Tekong Sai Yan juga terpaksa turun padang untuk membantu kami dan hasilnya sangat membanggakan. Ikan yang layak di gelar sebagai monster berjaya di naikkan salah satunya hasil tangkapa daripada saya. Kemudian kami berpindah di lubuk lain yang berhampiran dan banyak lagi ikan bersaiz "monster" yang berjaya dinaikkan.
Struktur dasar laut seperti bukit bukau.
Kekili Electronic terpaksa berkerja keras, lihatlah sendiri bagaimana
rod menahan tekanan daripada ikan.
Saiz Ikan yang layak digelar sebagai "Monster"
Trofi Kerapu dari saya.
Lagi kerapu gergasi
Mama Giant Grouper
Berat...!!
Saiz begini masih dianggap juvanail walaupun berat ikan ini mencecah hampr 5 kg
Giant Grouper ke 2 dari saya.



