Memaparkan catatan dengan label Cobia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cobia. Papar semua catatan

Rabu, 2 November 2016

Slow Pitch - Apek Port Dickson


Throwback - Port Dickson terkenal sebagai lokasi pelancongan. Selain itu Port Dickson juga merupakan lokasi yang sangat berpotensi untuk Slow Pitch jigging. Selepas demam slow pitch jigging melanda, Port Dickson sentiasa menerima kunjungan pemancing yang gilakan teknik jigging terutamanya Slow Pitch jigging. Bagi saya ianya memberi impak yang sihat kepada persekitaran Port Dickson dan secara tidak langsung menjana pendapatan kepada pengusaha bot memancing di sana. Boleh dikatakan perkembangan industri memancing di Port Dickson berkembang pesat dengan kunjungan pemancing dari pelusuk negeri terutamanya dari Kuala Lumpur. Dari Kota raya Kuala Lumpur hanya memakan masa selama 2 jam perjalanan dengan menggunakan lebuhraya. Kerana itulah di Port Dickson kini terdapat ramai tekong-tekong yang hebat dan berpengalaman terutamanya dalam bidang pancingan dasar dan teknik jigging. Kali ini kunjungan saya ke Port Dickson  ialah menggunakan khimat tekong terkenal di Port Dickson iaitu Apek. 

Walaupun pertama kali kami bertemu dengan Apek, beliau menyambut kami dengan senyuman mesra. Beliau bersiap sedia untuk melabuhkan bot dan kami mengambil kesempatan untuk menyediakan senjata kami.  Kelihatan Apek sangat mesra dan melayan pelanggannya dengan baik sekali. Sepanjang perjalanan menuju ke lubuk pertama, beliau sempat menerangkan potensi lubuk yang ditujui dan memberi tips bergunua kepada kami. 

Bot Berlabuh dari tepi pantai sahaja

Menuju ke lubuk pertama

Warna pink dikatakan warna killer di sini. Standby Pintail warna pink untuk tenggiri

Tidak sampai 1/2 jam kami tiba di lubuk pertama. Kami memulakan Slow pitch Jigging dengan penuh semangat. Arus kitika itu sederhana laju, jig seberat 100g-150g sudah memadai. Selain menggunakan jig berwarna Pink, kami juga mencuba-cuba warna lain untuk menguji selera ikan di dasar laut. Selepas sejam kami singgah di lubuk pertama, Tekong Apek mula bergegas ke lubuk berikutnya. Sikap tekong Apek yang gemar berpindah lubuk amat menyenangkan kami. Jika beliau mendapati lubuk yang disinggahnya pasif, dengan segera beliau berpindah ke lubuk lain. Seterusnya tekong membawa kami di perairan antarabangsa untuk mencuba nasib.


Lubuk yang sibuk dengan laluan kapal besar.

Selasa, 22 Oktober 2013

Pulau Anambas, Indonesia - Part II


Selepas melalui perjalanan dari Pulau Bintan ke Anambas Island selama lebih 10 jam. Kami akhirnya tiba di lokasi. Memang benar! Kelihatan di screen sonar bot Sea Star kelihatan imej sebuah kapal setinggi 25 meter. Selain itu kelihatan banyak  ikan yang sedang berkeliaran di sekitar kapal karam.

Jam ketika itu sedang menunjukkan pukul 11.00 malam. Kami sangat bersemangat untuk  memancing. Selepas bot berlabuh, kami memancing tanpa membuang masa. Perkara pertama yang kami lakukan ialah memancing menggunakan pancingan dasar. Ini adalah untuk mencari ikan gred A yang bernilai tinggi yang gemar tinggal di dasar. Tanpa menunggu lama, banyak jenis ikan berjaya diperolehi seperti ikan Merah, Jenahak dan Jemuduk.


Jenahak hasil pancingan malam.

Ketika memancing dasar, terdapat juga hasil tangkapan yang terdiri dari ikan Cupak (Big Eye Trevally). Saiz ikan tersebut juga memuaskan. Kesempatan itu juga, kami segera berhenti sebentar untuk memancing ikan tersebut. Set jigging pantas digunakan. Saya yang menggunakan jig luminous seberat 80 gram bersama rod PE 3-5 digandingkan bersama kekili Shimano Stella SW 5000 tidak perlu menunggu lama. Hanya beberapa kali membuat henjutan, jig saya telah disambar oleh ikan Cupak (Big Eye Trevally) yang rakus dan banyak di kapal Karam ini. Malam pertama sahaja telah memenuhkan 2 tong yang berada di dalam bot dengan hasil ikan Cupak (Big Eye Trevally) dan ikan gred A yang lain.



 Antara gambar yang sempat dirakam.

Day 2.
Selepas bersarapan, bot masih berada di dalam kawasan kapal karam di perairan Anambas Island. Selepas tekong membetulkan posisi bot. Kami meneruskan aktiviti memancing. Kelihatan waktu pagi jigging kurang laku berbanding malam. Oleh itu kami bertukar semula kepada teknik memancing dasar.

 Set Pancing yang digunakan untuk misi kali ini.



Jumaat, 18 Oktober 2013

Pulau Anambas, Indonesia - Part I



Sekali lagi saya berkunjung ke Indonesia untuk memancing. Saya akan berkunjung  ke Pulau Bintan, Indonesia untuk menagih perkhidmatan dari Bot Sea Star yang telah membawa kami memancing disekitar peraiaran Kepulauan Riau, Indonesia. Rancangan kali ini ialah untuk meneroka perairan di Pulau Anambas, di kepulauan Riau. Sebelum ini saya telah berkunjung ke perairan Mapur, Merapas, Merakit dan Malang Biru, Indonesia. Oleh itu kunjungan ke Pulau Anambas merupakan kunjungan saya yang pertama kali. Segala persiapan dibuat dengan rapi untuk memancing di sana. Set pancingan dasar, jigging dan popping dibawa bersama menuju ke Pulau Anambas.

 Perjalanan kami menuju ke kepulauan Anambas.
Kuala Lumpur - Johor Bahru - Pulau Bintan - Pulau Anambas.

Kedudukan Pulau Anambas di Kepulauan Riau. Pulau ini di dalam negara Indonesia.


Walaupun lokasi pulau ini amat dekat dengan negara Malaysia. Menjadi kesalahan jika kami menceroboh kawasan ini melalui Malaysia. Kerana itu kami melalui Pulau Bintan Indonesia untuk memasuki perairan ini secara sah.

Seperti trip-trip yang lepas kami bergerak menuju ke jeti di Stulang Laut, Johor Bahru untuk menaiki feri. Selepas kami tiba di Pulau Bintan, Indonesia, kedatangan kami dialu-alukan oleh pemilik bot Sea Star.



Keadaan kami ketika di Jeti Stulang Laut,Johor. 12 tong 120qt dibawa bersama menaiki feri. Sememangnya sangat meletihkan ketika ini.

Setibanya kami di Pulau Bintan, Indonesia. Kami bermalam di Trikora Chalet sebelum memulakan perjalanan menuju ke Pulau Anambas.

Trikora Chalet

Bersantai-santai sebelum memulakan cabaran pada keesokan harinya.

Menikmati makan malam di Trikora Chalet.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...