Hari pertama di Perairan Similan Island, Phuket telah pun berlalu. Hasil yang berjaya diperolehi pada malam pertama boleh dibanggakan. Banyak ikan karang dan predator yang berjaya dinaikkan. Sementara menanti matahari terbit, kami mengambil kesempatan untuk berehat. Keletihan akibat perjalanan yang jauh dan sukar untuk tiba di Thap Lamu Pier, Phuket mula terasa. Ada baiknya kami tidur untuk menyimpan tenaga sebelum meneruskan perjuangan menawan ikan gergasi di perairan ini pada waktu pagi hari ke-2.
Selepas dapat melelapkan mata beberapa jam, kami mula berjaga pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan. Tekong Sai Yan bercadang untuk menduga kawasan drop off sedalam 200 meter di barat Similan Island.
Day 2
Inilah tekong Sai Yan yang berpengalaman mengendalikan bot di kawasan Similan Island, cuma yang menyukarkan kami ialah beliau tidak fasih berbahasa english. Komunikasi kami antara seakan-akan ayam dan itik. Tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk kami berkomunikasi kerana tekong Sai Yan sentiasa berusaha berkomunikasi bersama kami melalui bahasa isyarat dan gambar-gambar ikan.
Batu ladung seberat 2kg terpaksa digunakan sebagai pemberat supaya umpan betul-betul sampai ke dasar.
Lagi ikan laut dalam dari Zul.
