Tanpa disedari kini telah masuk bulan September. Bulan August dan September sentiasa mengingatkan saya tentang ikan layaran di Rompin, Pahang. Bulan ini adalah antara waktu terbaik untuk memancing ikan layaran. Dikatakan pada bulan August, ikan layaran akan bermigrasi ke perairan rompin untuk mencari makan. Bulan ini juga merupakan masa penghijrahan perbagai ikan kecil seperti ikan bilis yang menjadi makanan kegemaran ikan layaran. Kehadiran ikan kecil ini yang banyak di perairan Rompin menyebabkan bulan Aug - Oct adalah waktu terbaik untuk memancing ikan layaran.
Bercerita Rompin, ia mengingatkan saya tentang kunjungan saya ke sana pada bulan June yang lepas. Boleh dikatakan waktu itu ialah waktu offseason untuk layaran. Walaupun begitu saya tetap berkunjung ke sana dengan niat ingin mencuba-cuba memancing ketika offseason di Rompin,Pahang. Semasa ketiadaan ikan layaran pada masa offseason, pemancing masih boleh memancing ikan-ikan lain seperti Ikan Ebek ( Diamond Travelly), Ikan Ketarap (Parrot Fish) Tenggiri, Cobia dan banyak lagi. Tetapi bergantung pada nasib dan destinasi lubuk yang ditujui.
Kunjungan kali ini juga disertai oleh rakan-rakan memancing saya ialatu Berg, Yu, Epol dan Khai. Setibanya kami di jeti, tekong mencadangan untuk pergi ke sebuah kapal karam yang terletak 2 jam dari darat. Memandangkan ini pertama kali saya mengunjungi Rompin ketika offseason, saya bersetuju dengan cadangan ke sana.