Memaparkan catatan dengan label Fishing Technic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fishing Technic. Papar semua catatan

Rabu, 25 Februari 2015

Apakah itu Slow Pitch Jigging?



Secara tiba-tiba teknik Slow Pitch Jigging telah menjadi kegilaan kaki jigging di negara ini. Di tambah pula dengan gambar tangkapan yang mantap telah menjadi viral hasil daripada penggunaan teknik Slow Pitch Jigging telah mempengaruhi ramai peminat jigging untuk mencubanya. Dikatakan teknik ini mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding teknik jigging sedia ada. Set yang digunakan untuk teknik ini hendaklah tepat untuk memastikan teknik ini dapat diaplikasikan secara berkesan.Oleh itu saya ingin berkongsi secara ringkas tentang teknik jigging yang sedang menjadi kegilaan ini.

Slow Pitch Jigging

Slow Picth Jigging yang dikatakan berasal dari Japan ialah teknik atau rhythm mengarau reel dan menggunakan rod semasa jigging. Teknik ini dilakukan dengan padanan rod atau set kelas ringan. Malah ianya digayakan dengan secara lembut dan perlahan. Selain itu teknik karauan yang boleh dilakukan dalam Slow Pitch Jigging ialah seperti Jerk Action  dan Long Falling. Ini adalah dilakukan untuk mengayakan persembahan jig di dalam untuk menarik minat ikan menghentam jig. 

Jig

Jig yang digunakan untuk teknik jigging ini mempunyai bentuk bujur berbeza dengan jig yang sedia ada yang berbentuk memanjang. Dari tunjuk ajar dari rakan saya, dikatakan jig sedemikian mempunyai titik berat di tengah-tengah jig dan ianya akan mempengaruhi persembahan jig di dalam air. Assit hook juga di pasang di kedua-dua belah atas dan bawah jig seperti gambar di bawah.




Berat jig yang digunakan bergantung kepada arus dan kekuatan rod yang digunakan. Persembahan jig amat penting ketika melakukan slow pitch jigging ini. Untuk lebih jelas saya sertakan gambar sebagai rujukan.




Rabu, 8 Mei 2013

Kenali Ikan Tenggiri



Ikan tenggiri, saya rasa semua orang tahu apakah ikan tenggiri ini. Di Malaysia ikan tenggiri merupakan salah satu hidangan istimewa serta mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran. Bagi pemancing pula, ikan tenggiri merupakan salah satu sasaran wajib ketika memancing di laut. Ini kerana ikan tenggiri mampu memberi perlawanan hebat kepada pemancing. Ikan yang di gelar torpedo laut ini banyak terdapat di perairan kita. Lambakan ikan kembung, sardin, bilis, selar dan sotong di perairan negara kita menyebabkan ikan ini banyak terdapat di negara kita.

 Jenis-jenis ikan tenggiri di dunia (Click picture for enlarge)

Ikan tenggiri sebenarnya terdapat pelbagai spesis dan terdapat diseluruh dunia. Rupanya dan saiznya hampir sama dan amat sukar dibezakan. Di Malaysia, ikan tenggiri yang mendiami perairan laut kita ialah dari jenis Indo-Pacific king mackerel (Scomberomorus cavalla). Ikan tenggiri ialah spesis ikan yang bermigrasi setiap tahun. Kumpulan ikan ini akan bermigrasi beribu-ribu kilometer sehingga lautan Atlantic, Gulf Mexico, South China Sea, Andaman Sea, lautan Pacific semata-mata untuk mencari kumpulan ikan sebagai sumber makanannya.

Ahad, 16 Disember 2012

Perambut Ikan Tenggiri Tuas Yan


Memandangkan musim tenggiri akan tiba pada bulan Jan-Mac setiap tahun di Tuas Yan, Saya ingin berkongsi cara-cara membuat perambut yang digunakan untuk memancing ikan Tenggiri di Tuas Yan.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Perambut Cable: 15lb atau 20lb
Matakail: 2/0 atau 3/0
Spinner
Batu Ladung  hidup saiz 5 atau 6

Mula-mula, ikan mata kail seperti gambar di atas, Pastikan jarak antara mata kail sesuai untuk digunakan bersama ikan kembung mati yang akan dijadikan umpan nanti.

Masukkan batu ladung sebagai pemberat

Masukkan spinner seperti di atas

Matikan hujung perambut seperti gambar di atas

Siap dan mudah bukan.

Cara-cara mencangkuk ikan umpan menggunakan perambut Tuas Yan

mata kail dicangkuk selari dengan ikan seperti di dalam gambar

Close-up dari atas



Selamat mencuba

Jumaat, 10 Februari 2012

Jigging Method

Kaedah  Jigging
Terdapat 2 jenis kaedah untuk jigging, Vertical jigging dan jig cast. Vertical jigging lebih banyak digunakan untuk mengumpan ikan yang mendiami dasar. Jig dilepaskan secara menegak atau ke depan sehingga jig besi tenggelam ke dasar laut. Kemudian karauan secara laju atau perlahan dibuat untuk mengayakan jig besi di dalam air. Selain itu gaya persembahan jig juga memainkan peranan untuk membuka selera ikan menghentam jig.
Jig cast pula digunakan untuk mengumpan ikan predator yang berada di pertengahan atau di permukaan air. Teknik ini sering kali digunakan untuk menjerat ikan tenggiri. Jig dibaling sejauh mungkin dan karauan laju dibuat dan membuatkan jig seolah-olah ikan yang sedang berenang. Lebih mudah difahami, teknik jig cast ini ialah teknik casting dengan menggunakan jig besi.

Jumaat, 20 Mei 2011

Teknik Mencandat @ Eging






Apakah itu mencandat atau Eging?
Maksud sebenar mencandat atau Eging ialah, teknik untuk memperdayakan atau memancing specis sotong dengan menggunakan set ringan dan menggunakan sejenis umpan tiruan khas. Di negara kita umpan tiruan tersebut lebih dikenali sebagai candat.
Eging pula ialah gelaran popular bagi pemancing di negara Jepun, Teknik Eging lebih tertumpu di kawasan berbatu di tepian pantai dan kawasan karang ataupun tukun.

Sebelum kita mengenali teknik candat ataupun teknik Eging, adalah lebih baik jika kita mengenali specis sotong yang boleh diperdayakan oleh teknik mencandat ataupun Eging.

Menurut Wikepidia,Sotong ialah sejenis haiwan laut atau nama scientifiknya Teuthida, terdapat 300 spesies terdapat di dunia ini. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. Di negara kita hanya terdapat beberapa jenis sotong yang boleh di candat@Eging dan sentiasa menjadi buruan peminat pancingan ini

Ahad, 8 Mei 2011

Aplikasi Teknik Driff



Teknik menghanyut umpan ataupun driff sesuai untuk menjerat ikan yang gemar bermain di permukaan seperti ikan layar, mersuji, tenggiri, alu-alu, todak, belitung,talang dan tidak untuk ikan yang bermain di dasar seperti jenahak, merah,kerapu dan lain-lain.Teknik ini juga kadang kala dapat menjerat ikan yang gemar bermain di pertengahan air seperti ikan Haruan Tasik.

Jika ingin menjerat ikan yang  memiliki gigi yang tajam seperti tenggiri,todak dan alu-alu, maka perambut dawai amat disyorkan dan untuk ikan seperti belitung, mersuji dan layaran, memadai jika menggunakan perambut florocarbon. 

Ahad, 11 Julai 2010

ASAS IKATAN



Sebelum saya bercerita lanjut tentang pancingan laut, perkara paling asas yang perlu kita ketahui dalam pancingan ini ialah cara membuat ikatan pada shock leader,swivel dan mata kail. Walaupun perkara ini sering dipandang remeh oleh setengah pemancing, cara ikatan yg salah dan tidak kuat sering membuat para pemancing berputih mata kerana gagal menaikan ikan yang telah memakan umpan akibat terlucut. Kejadian ini sering berlaku ketika saya menyertai trips memancing dan ini ialah satu kerugian jika ikan yang terlepas itu terdiri daripada ikan yang diketegori sebagai kelas "A".

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...