Ikan Merah atau lebih dikenali sebagai Red Snapper (Lutjanus campechanus) merupakan ikan yang amat terkenal dikalangan pemancing. Tidak kira dimana sahaja pelosok dunia, semuanya mengenali ikan ini. Di Negara kita ikan merah merupakan hidangan wajib untuk setiap masakan tempatan. Justeru permintaan yang tinggi di pasaran menyebabkan harga ikan ini melambung tinggi. Selain itu isinya yang enak menyebabkan ikan ini sentiasa menjadi sasaran kaki mancing.
Di Malaysia, ikan ini terdapat di seluruh pelosok lautan kita. Tidak kira di mana sahaja,ikan ini amat mudah di dapati terutamanya di kawasan yang terdapat karang dan kapal karam. Antara ikan-ikan yang tergolong dari keluarga ikan Merah yang terdapat di perairan kita ialah:
- Ikan Merah (Lutjanus campechanus)
- Ikan Merah Pucat (Lutjanus purpureus)
- Ikan Merah Mentimun
- Ikan Merah Celoreng a.k.a Red Emperor
- Ikan Merah Suman a.k.a Japanese Red ( Pinjolo Pinjolo)
- Ikan Merah Ekor Sabit a.k.a Ruby Snapper
- Ikan Merah mata hitam
- Raja Sayang a.k.a Chinaman Fish
Ikan Merah mampu membesar hingga belasan kilo. Tidak mengejutkan jika ada pemancing yang berjaya memancing specis ini yang bersaiz monster.
Ikan Merah Suman a.k.a Japanese Red ( Pinjolo Pinjolo)
Ikan Merah Celoreng a.k.a Red Emperor
Ikan Merah Pucat (Lutjanus purpureus)
Raja Sayang a.k.a Chinaman Fish
Umpan Ikan Merah
Memancing ikan merah amat mudah. Ikan ini tidak terlalu memilih umpan. Tidak kira umpan segar ataupun busuk, pasti dimakannya. Antara umpan-umpan popular yang digunakan untuk memancing ikan merah ialah.










