Memaparkan catatan dengan label Mekong Cat Fish. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mekong Cat Fish. Papar semua catatan

Rabu, 25 Januari 2012

Bungsamran: Thailand Monster Fish


Pertama kali ketika saya menjejakkan kaki ke kolam yang sangat terkenal iaitu Bungsamran Fishing Pond, Thailand pada akhir tahun 2010, saya mula berazam untuk menaikkan ikan bersaiz monster  yang berada di kolam ini. Tetapi impian saya tidak menjadi kenyataan, ketika itu hanya ikan Plabuk atau Mekong Cat Fish bersaiz 20-30kg sahaja yang berjaya saya perolehi. Persedian rapi dari segi peralatan dan minda juga kurang kerana saya tidak mempunyai pengalaman memancing ikan Mekong Cat Fish ketika itu. Ikan ini amat terkenal di negara Thailand kerana kekuatan  semasa larian dan sikap tidak mudah mengaku kalah. Ikan ini boleh dikatakan 10 kali ganda hebatnya berbanding ikan patin biasa yang sama saiz dengannya.

Oleh kerana kegagalan yang lepas, kini saya bersama Epol D7L, Yuhilmi dan Berg kembali semula tahun ini ke kolam ini yang terletak hanya 45 min dari kota Bangkok. Saya masih memasang impian untuk menaikan ikan monster yang terdapat di kolam ini. Seperti tahun sebelum ini, kami terbang ke Bangkok dari lapangan terbang LCCT pada pukul 7.30a.m dan tiba di kolam ini lebih kurang 10.30a.m waktu tempatan. Kami mengambil package memancing selama 24 jam bersama sebuah chalet sebagai penginapan kami di sini. Hanya 2 joran milik saya dan Epol digunakan kali ini. Kami bergilir-gilir memancing bersama di kolam ini.

Rabu, 7 Disember 2011

Ikan Patin


Ikan Patin atau nama saintifik Pangasius Sutchi & Pangasius hypophthmus adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau lebih 20kg.

Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar.

Ikan patin merupakan ikan yang tidak memilih makanan di mana diet ikan ini ialah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang. 

Ikan patin yang mempunyai isi yang lazat dan lemak manis merupakan ikan kegemaran masyarakat   terutama di  Asia Tenggara. Ikan ini juga berada di sungai-sungai  di Eropah sebagai ikan pendatang.

Ahad, 6 Mac 2011

Bungsamran Bangkok Dec 2010


Apabila kita bercerita tentang TEAM COFA di forum Malaysia Fishing.net, rata-rata ahlinya terdiri daripada pemancing tegar kolam air tawar. Setakat ini hampir kesemua kolam memancing air tawar di Lembah Klang telah dilawati oleh ahli team COFA ini. Oleh kerana sudah khatam memancing di kolam-kolam  sekitar Lembah Klang, maka timbullah keinginan meraka untuk memancing di kolam yang lebih extreme  serta mampu memberi kami kepuasan memancing sehingga maksimum.
Oleh itu, cadangan ini telah saya sampaikan pada rakan saya Fahiz Hussin dari D7L dan ia telah disambut baik oleh beliau.  Maka satu trips gabungan D7L & COFA yang rata-rata ahlinya dari Lembah Klang telah dirancang dan lokasi yang menjadi  pilihan kami ialah Bungsamran Fishing Pond di Bangkok, Thailand. Seramai 9 orang yang terdiri daripada team D7L & COFA telah menyertai trips ke kolam yang sememangnya terkenal di seluruh dunia ini dengan ikan-ikan yang berasal dari  Sungai Mekong dan Amazon. Perjalanan kami bermula seawal pagi di Lapangan Terbang LCCT dengan penerbangan yang paling awal ke Bangkok dan kami tiba di Lapangan Terbang Suvarnahbumi Bangkok pada pukul 11.00 pagi.
Setibanya kami di Airport Suvarnahbumi, van yang telah ditempah terlebih dahulu  telah menanti kami dan perjalanan ke Bungsamran mengambil masa 40 minit dari lapangan terbang Bangkok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...