Memaparkan catatan dengan label Lure. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lure. Papar semua catatan

Ahad, 13 Ogos 2017

Throwback The Keniam Return





Salam Strike kepada semua penggunjung blog Malaysian Fish Hunter,  Sejak kebelakangan ini, Sindrom Kumpau semasa Jigging banyak melanda diri saya. Banyak trip yang saya sertai tidak berjaya menghasilkan tangkapan peribadi yang boleh dibanggakan. Memandangkan terlalu kerap saya menggunjungi trip air masin, benak hati saya mula merindui suasana tenang di dalam hutan. Bagi saya, ketika berkunjung di hutan, segala masalah dan kekusutan pasti akan hilang. Selain memancing, banyak lagi aktiviti riadah dapat dilakukan tanpa perlu risau masalah ribut atau mabuk laut. Selain itu, mungkin sudah terlalu lama meninggalkan aktiviti casting membuatkan perasaan hendak ke hutan itu membuak-buak. Selepas mencari kaki yang boleh turut serta, saya bergegas membuat booking ke Taman Negara, Pahang. Sudah pasti apabila menyebut tentang taman negara, Sungai Keniam pasti menjadi lokasi kegemaran saya. Jika dilihat kepada post-post yang lepas, trip di Sungai Keniam lebih kepada trip bersantai dan sudah pasti trip kali ini menggunakan khidmat boatman yang sama dan rapat dengan saya iaitu Abg Rom. Apa yang unit tentang trip ini, boleh dikatakan semua angota yang menyertai trip ini merupakan hardcore Casting. Maka kelengkapan bottom dibawa dengan kadar minimum. memadangkan trip ini lebih tertumpu kepada Casting, perbagai gewang dan spoon bakal menjadi senjata penting di trip Sungai Keniam nanti.


Kami bergerak  ke Kuala Tahan, Pahang seawal pukul 3.00 pagi dan di jangka tiba di sana pada pukul 7.30 pagi. Urusan permit dan sarapan telah disediakan awal-awal oleh Abg Rom selaku boatman kami ke Sungai Keniam. Selepas bersarapan dan membuat final check pada permit setiap peserta, kami terus bergerak membuat pendaftaran di post pejabat Taman Negara Pahang.



Macam hendak duduk sebulan,,!!


Pendaftaran di Post Taman Negara

Selepas proses pendaftaran selesai, kami terus bergerak lokasi yang di tuju. Kali ini boleh dikatakan cuaca panas berpanjangan telah menyebabkan sepanjang sungai di Taman Negara terutaman Sungai Tahan berada di dalam keadaan surut atau rendah. Maka sepanjang perjalanan kami lebih kepada aktiviti menolak bot dan atas faktor yang tidak di jangka ini bakal mengambil masa lebih lama perjalanan dari kebiasaannya.
 betapa rendahnya air pada trip kali ini







 Entah sudah berapa puluh kali kami menolak bot


Rehat sebentar selepas penat menolak bot. Perjalanan untuk tba ke distinasi masih jauh.

Di pendekkan cerita kami tiba di distinasi pada lewat petang. Kelihatan lokasi perkhemahan sudah berubah dan amat berbeza dengan kunjungan kami sebelum ni. Semua ini gara-gara banjir besar yang pernah melanda sungai sebelum ini. Nasib baik trip kali ini saya telah mengupa tukang masak di kalangan boatman supaya memudahkan kami. Selepas saja menyiapkan tempat tidur dan beberapa persediaan lain kami terus bergegas makan malam maklumlah semua kawan-kawan semua kepenatan dan kelaparan selepas sesi menolak bot.

Isnin, 20 April 2015

Peacock Bass: Edisi Janji Layan..!!


Lama sudah rasanya saya tidak melayan ikan pelagik terkenal di negeri Perak iaitu PB ataupun Peacock Bass. Penduduk tempatan mengelar ikan ini sebagai ikan Raja. Negeri Perak memang terkenal dengan lambakkan lombong dan tasik-tasik tinggal hasil perusahaan bijih besi dan timah pada masa dahulu. Kebiasaannya saya berkunjung ke sini semata-mata ingin mencari ikan Rohu yang lebih havoc dan kuat melawan tetapi kali ini saya dalam misi mencari ikan Peacock Bass. Walupun saya bukan pemakan ikan berwarna kuning terang ini, tetapi kerakusan ikan apabila memakan lure membuatkan saya tidak senang duduk untuk memancingnya

Walaupun ada ribuan lombong tinggal di Daerah Tapah, Bidor atau Kampar, tidak semuanya di diami oleh Peacock Bass. Untuk mencari lokasi di mana terdapatnya ikan PB yang banyak, kita terpaksa mencuba di segenap lombong yang ada.



Saya tiba di pekan tapah pada pukul 6.30 pagi. Selepas bersarapan, saya menuju ke satu lokasi yang dikatakan mempunyai ikan PB yang banyak. Dengan berbekalkan maklumat perjalanan dari Waze, saya dan rakan sesat  lebih sejam mencari lokasi. Setelah puas berpusing-pusing mencari jalan, akhirnya kami tiba di lokasi yang dimaksudkan.

Gambar Lokasi

Dengan berbekalkan set saya yg superlight iaitu Casting Rod St Croix PE 0.8 dengan padanan Spinning Reel Shimano 1000 series dan mainline 6lb, saya terus melontarkan gewang micro ke dasar air. Balingan pertama terus diterkam oleh ikan PB dengan rakus. Walupun banyak terdapat PB di sini, saiznya kebanyakannya masih juvenile.

Memancing secara land base


Balingan pertama terus di sambar oleh Peacock bass


Rabu, 9 Julai 2014

Casting Battle - Edisi Casting Sampai Lebam


Pada 4 Jun 2014 yang lepas. saya telah di jemput oleh Team Bangau untuk menyertai Casting Battle di Kolam Bedong yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Kumpulan caster tegar ialatu Team AKULA dari utara tanahair juga turut terlibat dalam casting battle ini. Majalah Umpan juga turut menjadi wakil Media sempena Casting Battle ini. Casting Battle ini akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Setiap peserta hanya dibenarkan menggunakan satu gewang sahaja sepanjang pertandingan ini. Maka sudah pasti setiap peserta akan menggunakan gewang killer masing-masing.
 
Perbagai hadiah berupa peralatan memancing ditawarkan sebagai hadiah pemenang. Apa yang menarik minat saya ialah hadiah utamanya ialah kesemua gewang yang menajadi pertaruhan para caster sepanjang Casting Battle ini berlangsung.
 
Tujuan pertandingan ini dibuat adalah untuk mengeratkan silaturahim antara Team Bangau dan Team AKULA dari utara. Selain itu, desas desus kolam Bedong bakal tutup juga menjadi penyebab lokasi ini menjadi pilihan. Ini supaya kami dapat memancing sepuah hati di sini sebelum ditutup.
 
 
 

 Organizer Casting Battle memberi penerangan sebelum pertandingan bermula.



 Antara senjata yang bakal digunakan.
 


Antara peserta yang turut serta menyertai Casting Battle.
 



Antara aksi-aksi sepanjang pertandingan berlangsung.

Selasa, 24 Jun 2014

Tok Wan Blade (Custom Blade) - Kecil tetapi Berbisa



Tok Wan Blade ialah Custom Blade yang di buat sendiri oleh Tok Wan yang berasal dari utara tanahair. Secara kebetulan saya sempat berkenalan dengan Tok Wan sendiri ketika berlangsungnya Casting Battle anjuran Team Bangau di kolam Bedong Sg.Petani bulan lepas. Selain Tok Wan, saya juga dapat berkenalan dengan team AKULA yang turut serta menyertai pertandingan tersebut. Selepas Casting Battle tersebut tamat pada pukul 12.00 tengahari, kesemua peserta memancing secara free & easy di kolam Bedong tersebut.
 
Beberapa rakan-rakan kami mengambil kesempatan untuk berehat dan ada juga yang menyambung memancing di kolam ini. Ini termasuk juga ahli-ahli team AKULA yang tekun dengan aktiviti casting. Saya yang sedang berehat-rehat memerhatikan kumpulan ini casting mendapati peluang mereka untuk hook-up amat tinggi sekali. Siakap di kolam Bedong yang sangat pandai memilih umpan kelihatan amat mudah terperdaya dengan gewang yang kumpulan AKULA gunakan. Ini telah menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
 
 
Ketika saya menghampiri salah seorang ahli team AKULA ini, saya dapati mereka menggunakan lure Blade yang istimewa. Blade besi yang digunakan mereka amat kecil sebesar 33mm sahaja tetapi lenggokkan blade ini amat istimewa dan mengeluarkan getaran yang unik. Mungkin para casting sudah biasa dengan Blade besi yang banyak dijual dipasaran, tetapi saya mendapati Blade Tok Wan ini jelas mempunyai ciri-ciri yang istimewa berbanding blade lure lain yang ada di pasaran.
 
Selepas bertanya  kepada Tok Wan sendiri, beliau mengatakan Tok Wan Blade buatan beliau amat mendapat sambutan tinggi di kawasan utara tanahair. Ini kerana harganya yang berpatutan serta amat flexible digunakan di semua kawasan memancing. Tidak kira ikan sungai atau pun laut, pasti ada yang akan terperdaya dengan lenggokan Tok Wan Blade ini. Selain itu Tok Wan juga telah memberi mandat kepada Team AKULA sebagai tester rasmi Tok Wan Blade. Ini terbukti dengan gambar-gambar hasil tangkapan pelbagai ikan menggunakan Tok Wan Blade di Facebook team AKULA (Click Here). Saya juga sempat membeli beberapa ketul Tok Wan Blade untuk dicuba pada masa akan datang. Bagi yang berminat untuk memiliki Tok Wan Custom Blade, boleh lah berkunjung di FB Tok Wan ataupun di AKULA: Fishing community atau terus berhubung dengan pengedar Tok Wan Blade sendiri.
 
Page Tok Wan Blade: https://www.facebook.com/Tokwan
 
 
 
Pilihan warna Tok Wan Blade
 
 
Antara gambar-gambar yang sempat saya copy dari Page Tok Wan dan Team AKULA.
 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...