Syukur kehadrat ilahi, sekali lagi artikal pengembaraan saya bersama Team D7L dimuatkan di dalam ruangan trips Antarabangsa di Majalah Umpan vol 12. Ribuan terima kasih kepada Editor Majalah Umpan iaitu En. Mohd Hazrizal Mohd Hanapiah kerana memberi peluang sekali lagi kepada saya untuk menyumbangkan coretan pengalaman saya sepanjang perjalanan memancing di Pulau Anambas, Indonesia . Saya berharap dengan sumbangan coretan pengalaman saya ini dapat mengembangkan lagi sukan memancing di tanahair disamping memperkenalkan spot baru kepada para pemancing. Majalah Umpan memanng terbaik..!
Memaparkan catatan dengan label Magazine/News Paper. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Magazine/News Paper. Papar semua catatan
Isnin, 9 Disember 2013
Isnin, 15 Julai 2013
Dewan Kegemilangan - 16
Majalah Umpan June 2013
Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada team Majalah UMPAN terutamanya Editor Mr. Hazrizal kerana memilih artikal saya untuk dimuatkan ke dalam Majalah UMPAN keluaran June 2013. Kali ini pengalaman saya bersama team D7L mengekplorasi Pulau Similan, Phuket, Thailand yang terletak di Lautan Andaman dimuatkn ke dalam majalah ini. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Majalah Umpan yang memuatkan pelbagai info tentang dunia memancing di Malaysia sekarang juga.
Selasa, 11 Jun 2013
Dewan Kegemilangan - 15
Artikal saya bertajuk "Mengidam Piraracu AmazonBkk Bangkok" telah terpilih untuk diterbitkan di ruangan Antarabangsa Majalah Umpan Mei-Jun 2013.
Jutaan terima kasih kepada Editor Majalah umpan kerana sudi memberi peluang menerbitkan hasil penulisan saya. Majulah Sukan Memancing untuk Negara.
Untuk cerita lebih lanjut sila klik: Sini
Isnin, 24 Disember 2012
Blog Maxx Peacock Fish Hunter di Majalah Umpan
Ribuan terima kasih kepada Majalah Umpan dan Editornya Mr. Hazrizal kerana memberi kesempatan kepada blog Fish Hunter berada di bahagian Siber di Majalah Umpan Vol 7. Memang tidak dinafikan fungsi sumber internet banyak membantu kaki pancing untuk mempelajari dan mengasah kemahiran. Ini bermakna ia merupakan langkah permulaan untuk Blog Fish Hunter Maxx Peacock Experience untuk memantapkan sumber dan perkongsian ilmu memancing untuk semua orang. Terima Kasih atas sokongan Majalah Umpan dan semua penggunjung blog ini.
Dewan Kegemilangan - 14
Majalah Umpan terbitan Kumpulan Karangkraf volume 7 telah berada di pasaran. Keluaran kali ini ada menceritakan coretan saya dan rakan-rakan dari D7L sebagai tester di Kolam Damai. Ucapan terima kasih kepada Majalah Umpan kerana sudi menjadikan aktiviti kami di sana sebagai salah satu tajuk cerita di dalam majalah ini. Wajah En. Aziz iaitu owner kepada Kolam Damai telah menghias front page kali ini.
Rabu, 1 Ogos 2012
Dewan Kegemilangan - 13
Alhamdulillah dan syukur. Sekali lagi artikal saya berjaya ditempatkan di majalah Umpan terbitan Karangkraf Volume 4 (July-Aug). Ucapan setinggi terima kasih kepada editor Majalah Umpan iaitu En. Hazrizal Mohd Hanapiah kerana sudi menempatkan penulisan saya di majalah ini.
Bagi pemancing yang belum memiliki majalah ini, bolehlah mendapatkannya di kedai buku dan majalah berhampiran. Dengan harga RM8.00 senaskah, pelbagai maklumat dan coretan berkaitan memancing yang dapat diperolehi di majalah ini seperti 25 ikatan perambut, tips umpan isi ikan, Trips di Kenyir dan banyak lagi.
Selasa, 27 Mac 2012
Dewan Kegemilangan - 11
Terima kasih kepada editor majalah UMPAN yang diterbitan oleh Syarikat Karangkraf, En. Hazrizal kerana sudi menerbitkan beberapa artikal milik saya untuk Majalah UMPAN edisi bulan April 12. Apa yang membanggakan, saya telah terpilih menjadi front page untuk keluaran kali ini. Selain itu, 3 artikal hasil penulisan saya juga diterbitkan di dalam majalah ini. Ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan pada penulisan saya kali ini. Semoga dengan penulisan saya ini, Majalah UMPAN akan berkembang maju dan diminati oleh segenap pemancing di Malaysia. Bagi yang belum memilikinya, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Ternyata majalah ini penuh dengan maklumat memancing serta memberi pelbagai info & tips-tips yang berguna kepada pemancing. Majalah yang wajib milik ini hanya berharga RM 8.00 senaskah. Ternyata majalah ini memberi banyak kelainan berbanding majalah lain yang terdapat di negara ini. Terima Kasih Sekali lagi dari saya.
Rabu, 14 Mac 2012
Dewan Kegemilangan - 10
Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada editor majalah PANCING, En. Faiz Karim kerana sudi mengeluarkan artikal saya di dalam Majalah Pancing bilangan 172 untuk bulan March 12. Artikal ini menceritakan pengalaman saya ketika memancing di Bungsamran Fishing Pond di Bangkok Thailand. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan majalah PANCING keluaran March 12 dengan harga RM9.00 untuk semenanjung Malaysia. Pelbagai coretan dan kandungan menarik di dalam majalah ini.
Selasa, 3 Januari 2012
Dewan Kegemilangan - 9
Alhamdullilah dan ribuan terima kasih serta setinggi penghargaan kepada Editor Majalah Umpan iaitu En. Hazrizal kerana sudi menerbitkan artikal saya mengenai trips kami di Perairan Mapur dan Merapas Indonesia. Diharap Majalah Umpan sentiasa sudi menerbitkan coretan pengalaman saya lagi pada masa akan datang. Bagi yang belum mendapatkan majalah ini, jangan lepaskan peluang dan cepat dapatkannya. Majalah ini yang penuh dengan info dan tips memancing hanya dijual dengan harga RM8.00 senaskah.
Ahad, 11 Disember 2011
Dewan Kegemilangan - 8
Syukur dan ribuan terima kasih kepada wartawan sisipan Joran dari akhbar Berita Harian kerana sudi menerbitkan laporan trips kami ketika di Pulau Mapur, Indonesia. Walaupun terdapat typo error pada perkataan Team D7L kepada 7DL, saya rasa itu bukan masalah besar memandangkan team D7L ini memang dikenali di kalangan otai-otai memancing. di negara kita. Di sini saya sertakan laporan penuh artikal ini yang saya petik dari laman web akhbar Berita Harian dated 10 Dec 11 di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PestaJemudukdiMapur/Article/index
Ahad, 30 Oktober 2011
Dewan Kegemilangan - 7
Dengan penuh kesyukuran, salah satu trips yang telah diuruskan oleh saya untuk memancing Layaran di Kuala Rompin bulan lepas telah menjadi salah satu tajuk utama di akhbar Berita Harian pada hari Sabtu (29 Oct 11). Ucapan terima kasih dan beribu penghargaan kepada wartawan SISIPAN JORAN dari akhbar Berita Harian iaitu En Zulhilmi Hat kerana sudi menerbitkan artikal berkenaan trip ini. Di sini saya sertakan coretan laporan memancing yang ditulis oleh wartawan Berita Harian Zulhimi Hat yang saya copy dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Layaranterkulaididakapan/Article/index
Ahad, 25 September 2011
Dewan Kegemilangan - 6
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Hazrizal, Editor Majalah Umpan terbitan oleh Karangkraff kerana sudi untuk menerbitkan artikal saya di Majalah Umpan October 11. Walaupun artikal ini hanya menceritakan pengalaman saya bersama rakan-rakan dari COFA ketika memancing di Fish Valley di Semenyih, pelbagai maklumat yang berkaitan di ketengahkan oleh saya untuk dijadikan rujukan bersama. Saya juga ingin menyaran kepada semua pengunjung blog ini supaya tidak ketinggalan untuk memiliki majalah ini yang berharga cuma RM8.00 sahaja. Selain memiliki halaman yang lebih tebal berbanding majalah memancing lain, pelbagai maklumat,tips dan coretan pengalaman pemancing lain turut diterbitkan. Jangan lupa untuk memiliki majalah ini yang telah berada di pasaran sekarang.
Isnin, 8 Ogos 2011
Dewan Kegemilangan - 5
Sekali lagi, salah satu trips yang telah diuruskan oleh saya sendiri ketika di Kemaman telah menjadi salah satu tajuk utama di akhbar Berita Harian pada hari Sabtu (6th August 2011) yang lepas. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada wartawan SISIPAN JORAN dari akhbar Berita Harian iaitu En Zulhilmi Hat kerana sudi menerbitkan artikal berkenaan trip ini. Di sini saya sertakan artikal berkenaan yang telah saya copy dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CabaranasyikEbekPerak/Article/index
Rabu, 20 Julai 2011
Dewan Kegemilangan - 4
Credit dan tahniah kepada Man CB dari D7L sebagai penulis artikal dan ribuan terima kasih kepada Editor Majalah Sirip keluaran Julai 2011 kerana sudi menerbitkan artikal dan laporan kami ke Kuching, Sarawak pada tahun lepas. Tahniah juga kepada Megat GTS kerana berjaya menundukkan tenggiri terbesar pada trips tersebut. Di harap rakan-rakan yang lain dapat meneruskan lagi usaha murni dengan menghantar artikal memancing untuk memajukan lagi industri memancing di negara kita. Di sini saya sertakan lampiran laporan yang telah di tulis oleh rakan saya iaitu Man CB untuk trips kami di Sarawak pada tahun lepas.
Sabtu, 7 Mei 2011
Dewan Kegemilangan - 3
Kerapu boron merupakan istilah tempatan yang di beri kepada spesis kerapu yang saiznya melebih 7kg, berbeza dengan Kerapu Kertang dimana kerapu kertang menpunyai warna yang lebih gelap dari kerapu boron. Bentuk badan kerapu boron juga lebih memanjang jika dibandingkan dengan kerapu Kertang yang mempunyai bentuk badan yang lebih bulat. Kerapu boron merupakan spesis kerapu biasa yang banyak terdapat di perairan negara kita dan cuma telah membesar sehingga saiz bagak dan kadangkala ada yang mencecah puluhan kilo. Kini kerapu boron susah untuk didapati dan permintaan terhadapnya masih tinggi terutamanya dari kaum cina. Kejayaan trips kami di Pulau Jarak dengan mendaratkan belasan ekor boron dalam satu malam telah menberi inspirasi kepada saya untuk menulis satu artikal berkenaannya. Artikal tersebut telah saya serahkan kepada sahabat saya iaitu En Zulhilmi Hat di Berita Harian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan dengan berbesar hati saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara Zulhimi Hat dari Berita harian kerana sudi mengeluarkan artikal mengenai trips memancing saya dan rakan-rakan di Pulau Jarak - IW pada baru-baru ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada sahabat saya iaitu Indra kerana berjaya menaikan Ikan kerapu Boron yang terbesar dan berjaya menjadi front page untuk sisipan joran dari surat khabar Berita Harian pada ini Sabtu, 7 Mei 2011.
Setinggi-tinggi penghargaan dan dengan berbesar hati saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada saudara Zulhimi Hat dari Berita harian kerana sudi mengeluarkan artikal mengenai trips memancing saya dan rakan-rakan di Pulau Jarak - IW pada baru-baru ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada sahabat saya iaitu Indra kerana berjaya menaikan Ikan kerapu Boron yang terbesar dan berjaya menjadi front page untuk sisipan joran dari surat khabar Berita Harian pada ini Sabtu, 7 Mei 2011.
Disini saya sertakan artikal tersebut yang telah saya copy di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerapuboronPulauJarak/Article/index
Isnin, 18 April 2011
Dewan Kegemilangan - 2
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada sahabat saya, En Zulhilmi Hat yang sudi mengeluarkan artikal mengenai Pertandingan Memancing KSRS yang telah di anjurkan oleh KSRS yang dikelolai oleh saya sendiri di sisipan Joran Pada Sabtu lepas 16 April 2011.
Patin bantu Nasarussin juarai memancing KSRS
SERAMAI 180 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan memancing anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Shapadu (KSRS) yang berlangsung di Kolam Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam pertandingan itu, Nasarussin Mohd Saad, 41, yang berjaya menaikkan patin seberat 7.08 kilogram muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM1,500.
NASARUSSIN bergambar bersama replika cek yang disampaikan oleh Shafiz.
Patin bantu Nasarussin juarai memancing KSRS
Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my
2011/04/16
SERAMAI 180 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan memancing anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Shapadu (KSRS) yang berlangsung di Kolam Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam, baru-baru ini. Dalam pertandingan itu, Nasarussin Mohd Saad, 41, yang berjaya menaikkan patin seberat 7.08 kilogram muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM1,500.
Ahad, 6 Mac 2011
Dewan Kegemilangan
Akhirnya keluar juga artikal tentang kunjungan kami ke Bangkok pada Dec 2010 di Sisipan Joran.Kami berterima kasih pada Zulhilmi Hat dari Berita Harian kerana sudi mengeluarkan laporan trips kami.Walaupun ikan teersebut berjaya di pancing oleh sifu saya (Fahiz Hussin), tapi kami sangat berbesar hati dapat tumpang sekaki bergambar dengan hasil tangkapanya.
Disini saya sertakan keratan akbar dan artikal yang diolah oleh saudara Zulhilmi Hat yang saya copy paste dari website akhbar Berita Harian
Langgan:
Catatan (Atom)























\


