Memaparkan catatan dengan label Jenahak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenahak. Papar semua catatan

Isnin, 21 Ogos 2017

The Return Of Jigging - David


Seperti posting saya yang sebelum ini tentang trip Slow Pitch Jigging menggunakan khimat Tekong David (Click Sini), kami dengan segera  membuat booking  membalas dendam akibat kekecewaan pada trip sebelum ini. Tidak perlu saya ceritakan  dengan panjang lebar dengan detail tentang khidmat tekong David ini. Seperti post sebelum ini, kami tiba di Port Klang Yatch Club seawal pagi dengan semangat berkobar-kobar. Kali ini persediaan lebih rapi untuk mengelakkan kejadian berputih mata berulang lagi.



Setibanya kami di lubuk pertaman, kami terus memulakan aktiviti kami tanpa membuang masa. Cuaca yang mendung memberi kelebihan kepada kami untuk berjuang sepanjang hari. Perbagai lubuk telah di singgahi oleh David. Ada tempat yang memberi hasil dan ada tempat hanya memberi lenguh-lenguh tangan sahaja.  Tetapi semangat kami tidak pernah luntur memandangkan semua ahli mempunyai pengalaman menduga laut Port Klang dan khidmat David.

 Kerapu 


 Red of the Day

Khamis, 2 Mac 2017

Jigging Port Klang - David



Apabila bercadang untuk memancing di perairan Port Klang, Nama David adalah yang pertama sekali terlintas di kepala saya. Saya tidak menafikan bahawa David merupakan salah seorang tekong kegemaran saya. Boleh dikatakan khidmat yang diberikan oleh David sangat terbaik menyebabkan saya tidak pernah jemu untuk menggunakan khidmat beliau. Beliau sangat bertoleransi dengan pelanggan beliau tanpa mengira kaum. Dengan hanya berbalas Whatapps saya telah berjaya menempah satu tarikh untuk memancing bersama beliau di perairan Port Klang. Untuk menaiki bot beliau amat mudah, hanya perlu ke Royal Yacth Club Port Klang dengan hanya menggambil masa 40 minit melalui lebuhraya Kesas.

Royal Yacth Club Port Klang


Tekong David


Seperti biasa saya akan tiba di jeti seawal yang mungkin. Kami mensasarkan tiba di lokasi memancing pada pukul 9.00 am. Kebiasaannya David mengambil masa lebih satu jam untuk tiba di spot pertama. Masa yang ada di atas bot kami gunakan untuk membuat persediaan. Bot beliau yang luas amat menyenangkan kami. Ada juga rakan kami yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata sebentar. Kebiasaannya, David akan ke kawasan Zon Bebas (ZEE) di perairan Port Klang. Setibanya kami di lubuk pertama, kami memulakan aktiviti jigging. David sangat flexible orangnya. Hanya perlu memaklumkan kepada beliau teknik jigging (Vertical Jigging, Slow Pitch, Micro Jig) kegemaran kamu dan beliau tanpa membuang masa akan menuju ke lubuk yang dianggap berpotensi dan sesuai dengan teknik yang bakal digunakan. Bagi kami, kami lebih selesa menggunakan teknik Slow Pitch jigging dan sudah pasti ikan jenahak (John Snapper) menjadi sasaran kami.

Kesibukan Kapal melalui ZEE




Jigging bermula!

Khamis, 9 Februari 2017

Sea Stone - Syurga Peminat Jigging



Siapa sangka, kegilaan slow pitch jigging yang melanda negara kita telah menggangkat nama Batu Laut  sebagai lokasi jigging popular. Dahulunya Batu Laut yang terletak di daerah Kuala Langat ini kurang dikenali oleh para pemancing,  tetapi kini iannya menjadi salah satu  lokasi wajib disinggahi oleh para peminat jigging.

Lokasi Batu Laut,g berhampiran dengan Lembah Klang telah memudahkan peminat jigging untuk mencuba potensinya di sini. Perjalanan dari Shah Alam menuju ke lokasi hanyalah mengambil masa selama 1 Jam sahaja. Selain itu, wujudnya lebuh raya SKVE terus ke Pekan Banting telah memudahkan lagi perjalanan menuju ke Batu Laut.

Lokasi Jeti di Batu Laut, Banting

Desas-desus yang disampaikan oleh rakan-rakan pemancing tentang hasil yang diperolehi selepas jigging di Batu Laut membuatkan perasan ingin tahu dan mencuba potensinya semakin membuak-buak. Untuk jigging di Batu Laut, saya dan rakan-rakan telah memilih untuk menggunakan khidmat bot dari tekong RM Rezza. Beliau merupakan anak watan yang mengusahakan bot memancing di Batu Laut. Selain itu, beliau yang masih muda juga amat berpengalaman dengan selok belok perairan Batu Laut dan hanya mengutamakan aktiviti jigging sebagai mata pencariannya. Selepas tiba hari yang dijanjikan, saya bersama 5 orang rakan-rakan pemancing menuju ke lokasi yang di janjikan. Amat mudah sebenarnya  untuk ke Jeti Batu Laut, Bantuan dari Waze ataupun Google Map telah memudahkan lagi perjalanan kami ke sana. Hanya taip Restoran Assam Batu Laut yang terkenal di Batu Laut pasti akan  membawa anda ke lokasi jeti yang secara kebetulan berada bersebelahan dengan restoran tersebut. Tepat pada pukul 7.00 a.m kami telah tiba di lokasi dan disambut mesra oleh Rezza.



Selepas tiba di jetty, Tanpa membuang masa, Tekong Rezza terus bergerak menuju ke perairan Selat Melaka. Lokasi yang ditujui ialah kawasan Zon Bebas (ZEE) yang mengambil masa 1 jam perjalanan. Selepas tiba di lokasi, kami terus memulakan pancingkan. Jig seberat 150g-200g amat sesuai digunakan memandangkan keadaan arus ketika itu sederhana kuat. Menurut Tekong Rezza, Ikan di perairan  ini tidak begitu memilih warna jig. Selain itu pelbagai spesis ikan dapat dipancing di kawasan ini. Kumpulan saya menyasarkan Ikan Jenahak (John Snapper) sebagai sasaran trip kali ini.

Permandangan Indah Perairan Batu Laut

Kurang sejam kami melakukan slow pitch jigging, rod milik salah seorang rakan kami disentap hebat oleh ikan. Dengan kayuhan kemas dan berhati-hati, seekor Ikan Jenahak anggaran 2kg telah berjaya ditewaskan. Pendapat saya, Tekong Rezza merupakan tekong yang rajin, beliau sering bertukar lubuk jika mendapati lubuk tersebut yang di singgahinya tidak membuahkan hasil.


Hook -up

Ikan Jenahak yang berjaya ditewaskan. Anggaran melebihi 3kg

Ahad, 10 Ogos 2014

Kenali & Cara-cara memancing Ikan Jenahak




Ikan Jenahak merupakan ikan yang sentiasa menjadi sasaran pemancing. Ikan ini di negara barat lebih dikenali sebagai John Snapper atau Golden Snapper. Di negara kita ikan ini diberi gelaran bantal emas jika saiznya melebihi 3kg. Ini kerana ikan Jenahak bersaiz matang akan mempunyai sisik berwarna keemasan. Ikan ini sangat popular dikalangan penduduk Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Ikan ini mempunyai rasa yang lazat dan manis terutamanya ketika masih segar. Pemancing pasti berbangga jika berjaya memperolehi ikan jenahak bersaiz bantal emas.
Habitat.
Ikan yang mampu membesar sehingga belasan kilo ini amat gemar tinggal di kawasan karang dan lubang-lubang di dasar laut. Kapal karam atau tukun tiruan juga menjadi habitat kegemaran ikan ini.
Di negara kita ikan ini banya terdapat di kawasan perairan Melaka di sebelah barat semenanjung Malaysia. Ini kerana ikan ini gemar tinggal dikawasan perairan laut yang mempunyai dasar berlumpur. Berbeza dengan perairan laut China Selatan, kawasan dasar perairan tersebut yang berpasir menyebabkan ikan jenahak jarang-jarang diperolehi. Untuk memancing ikan ini, waktu malam merupakan waktu terbaik untuk memancing ikan ini. Ini kerana ikan ini amat aktif apabila malam menjelma.
Selain lautan lepas, ikan ini banyak dibela oleh pengusaha ternakan ikan. Jika kita ke kolam air masin, pasti terdapat ikan ini di kolam-kolam sedemikian. Selain itu kehadiran ikan ini di kolam-kolam air masin menarik minat para pemancing untuk berkunjung ke kolam mancing.


Jenahak yang matang digelar sebagai Bantal Emas
Jenahak yang belum matang akan kelihatan tanda hitam di belakang sirip dorsalnya
Umpan
Sepanjang pengalaman saya memancing ikan ini, saya mendapati ikan jenahak merupakan ikan paling cerewat yang pernah saya pancing. Maka pemancing perlulah peka dan mahir dalam memilih umpan untuk memancing ikan ini. Di sini saya ingin kongsikan umpan yang berkesan untuk ikan ini.

Isnin, 25 April 2011

Jarak-IW 2011



Sepanjang pengalaman saya memancing, Memancing di Perairan Jarak dan IW merupakan spot memancing yang sangat mencabar dan paling cerewet sekali. Selain terpaksa melalui cuaca yang tidak mengizinkan, cabaran yang paling utama sekali ialah untuk mendapatkan hasil yang terbaik semasa trips di Jarak-IW. Ini kerana terpaksa melayan kerenah ikan yang begitu cerewet untuk memakan umpan.

Tahun ini merupakan pengalaman saya yang ke-2 mengunjungi perairan ini. Pengalaman yang pertama banyak mengajar saya tentang teknik-teknik memancing di sini. Tetapi sikap ikan yang sentiasa berubah-ubah belum mampu memberi satu guarantee untuk menaikan ikan. Bagi yang pernah menaiki Bot Seagull ke perairan Jarak-IW, sememangnya masak dengan perangai ikan-ikan disini. Suasana kumpau sering mengiringi pemancing ketika di sana. Ini bukan lah disebabkan ketiadaan ikan. Tetapi faktor teknik dan umpan memainkan peranan penting ketika memancing di Jarak-IW. Selain itu pemancing juga perlu mempunyai ketahanan untuk berjaga sepanjang malam memandangkan ikan berkelas - A hanya hadir pada waktu malam hingga ke pagi hari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...