Di Malaysia, terdapat berpuluh-puluh pelantar minyak yang terletak di kawasan perairan Laut China Selatan. Kehadiran pelantar minyak dan gas yang banyak ini menandakan keadaan ekonomi negara yang sedang rancak membangun dan secara tidak langsung, kehadiran pipe minyak dan gas yang berada di dasar laut telah menjadi tukun tiruan yang menjadi tempat tinggal dan perlindungan beribu-ribu jenis ikan-ikan di dasar laut.
Oleh kerana itulah, pelantar minyak yang terletak di perairan Terengganu, Malaysia menjadi tempat kegemaran pemancing untuk memancing di sana. Dengan purata ke dalaman laut sehingga 60meter - 90 meter, pelbagai jenis ikan dapat di pancing terutamanya specis Ikan Merah (Red Snapper) dan Kerapu (Grouper). Bagi peminat jigging dan popping, lokasi pelantar minyak merupakan tempat ideal untuk memancing ikan GT (Giant Trevally, Caranx ignobilis) dan ikan Cupak (Big Eye Trevally, Caranx sexfasciatus)
Sebelum musim monsoon pada penghujung 2012, team D7L sempat berkunjung ke pelantar minyak dan gas yang terletak di Terengganu, Malaysia untuk aktiviti memancing. Lokasi yang ingin di tuju ialah Pelantar Angsi yang terkenal dengan kehadiran ikan GT (Giant Trevally, Caranx ignobilis) yang banyak.
Seperti kebiasaan, kami menaiki bot milik tekong yang bernama Pok Lan di Dungun, Terengganu. Pok Lan merupakan tekong yang amat terkenal di perairan Terengganu. Ini kerana kepakaran beliau mengendali bot serta berpengetahuan luas untuk menjejak ikan. Setibanya kami di Dungun Terengganu, kami terus menaiki bot beliau menuju ke Pelantar Angsi.