Rabu, 8 Mei 2013

Kenali Ikan Tenggiri



Ikan tenggiri, saya rasa semua orang tahu apakah ikan tenggiri ini. Di Malaysia ikan tenggiri merupakan salah satu hidangan istimewa serta mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran. Bagi pemancing pula, ikan tenggiri merupakan salah satu sasaran wajib ketika memancing di laut. Ini kerana ikan tenggiri mampu memberi perlawanan hebat kepada pemancing. Ikan yang di gelar torpedo laut ini banyak terdapat di perairan kita. Lambakan ikan kembung, sardin, bilis, selar dan sotong di perairan negara kita menyebabkan ikan ini banyak terdapat di negara kita.

 Jenis-jenis ikan tenggiri di dunia (Click picture for enlarge)

Ikan tenggiri sebenarnya terdapat pelbagai spesis dan terdapat diseluruh dunia. Rupanya dan saiznya hampir sama dan amat sukar dibezakan. Di Malaysia, ikan tenggiri yang mendiami perairan laut kita ialah dari jenis Indo-Pacific king mackerel (Scomberomorus cavalla). Ikan tenggiri ialah spesis ikan yang bermigrasi setiap tahun. Kumpulan ikan ini akan bermigrasi beribu-ribu kilometer sehingga lautan Atlantic, Gulf Mexico, South China Sea, Andaman Sea, lautan Pacific semata-mata untuk mencari kumpulan ikan sebagai sumber makanannya.

Taburan ikan tenggiri jenis King Mackerel dan Narrow Barred Spanish Mackerel di dunia.


Ikan Tenggiri jenis King Mackerel tinggal di perairan tropika dan Khatulistiwa. Berbeza dengan sepupunya iaitu Spanish Mackerel yang banyak terdapat di lautan Atlantic terutaman sekali di benua Amarika utara dan selatan yang beriklim sejuk. Di sana juga terdapat narrow-barred Spanish Mackerel yang mempunyai rupa seakan-akan ikan tenggiri di negara kita. Apa yang membezakannya ialah saiznya yang lebih kecil berbanding saiz ikan tenggiri jenis King Mackerel. 

Perbezaan ikan tenggiri jenis King Mackerel dan Spanish Mackerel

Dalam banyak-banyak jenis ikan tenggiri, tidak dapat di bandingkan dengan spesis Wahoo. Ikan Wahoo jauh lebih besar dan panjang berbanding ikan tenggiri. Ikan ini menjadi ikan idaman setiap pemancing yang meminat sport fishing. Wahoo (Acanthocybium solandri) boleh didapati diseluruh dunia di kawasan tropika dan subtropika. Wahoo mempunyai sikap seperti ikan tuna yang suka mendiami perairan laut yang dalam. Di Malaysia, ikan wahoo boleh di dapati di peraiaran Lacornia dan Spreatly yang mempunyai ke dalaman melebihi 150 meter.



 Ikan Wahoo mempunyai jalur belang yang amat jelas dan mempunyai sirip dorsal yang berbeza berbanding ikan tenggiri. Ikan ini mampu membersar hingga melebihi 50kg. Selain tu dikatakan rasa isi ikan Wahoo lebih enak dan padat jika dibandingkan dengan ikan tenggiri.

Umpan dan teknik


Di negara kita, lokasi yang menjadi tumpuan pemancing ialah di Tuas Yan, Sedili, perairan Terengganu, Rompin, Kuching  dan banyak lagi tempat yang terdapat unjam dan tukun tiruan. Teknik yang sering digunakan untuk menjerat ikan tenggiri ialah mengunakan teknik menghanyut (drifting) umpan hidup. Untuk lebih lanjut, Click Here. Umpan yang digunakan ialah ikan kembung, selar, tamban, sotong dan ikan tongkol. Ikan umpan hidup lebih digemari oleh ikan tenggiri berbanding ikan yang telah mati. Penggunaan perambut jenis wayar steel diwajibkan kerana ikan tenggiri mempunyai gigi yang amat tajam seperti pisau.

Selain itu teknik trolling juga mampu memperdayakan ikan tenggiri. Gewang jenis selaman dalam digunakan semasa trolling.

Ikan tenggiri juga boleh di pancing menggunakan jig besi. Jig besi yang dipadankan dengan kevlar steel digunakan untuk jigging tenggiri.

Set Memancing Ikan Tenggiri.

Memancing tenggiri amat mudah. Walupun ikan ini mampu memberi tentangan hebat, ikan ini cepat kalah kerana ikan ini tidak mempunyai stamina yang lama.

Ikan ini amat seronok di pancing jika menggunakan set sesuai  dan sepadan dengan kekuatan ikan ini. Padanan rod berkeluatan PE1-2 atau PE1-3 bersama kekili bersaiz ringan seperti kekili siries 2000 siries - 4000 siries pasti mengujakan. Untuk memancing ikan tenggiri ini saya gemar menggunakan tali utama yang berkekuatan 20lb. Tidak lupa juga tali perambut kabel sebagai insurance kerana ikan tenggiri yang mempunyai gigi yang tajam dengan mudah dapat memotong tali mono ataupun tali braided. Mata kali yang sering saya gunakan bersesuaian iaitu bersaiz 2/0-4/0. Set memancing seperti di atas memadai untuk memancing ikan tenggiri. Perlu diingatkan kelebihan mempunyai tali utama yang banyak mampu memberi kelebihan kepada pemancing untuk menang semasa perlawanan dengan ikan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...