Isnin, 2 September 2013

Edisi Kumpau: Rompin Off Season


Tanpa disedari kini telah masuk bulan September. Bulan August dan September sentiasa mengingatkan saya tentang ikan layaran di Rompin, Pahang. Bulan ini adalah antara waktu terbaik untuk memancing ikan layaran. Dikatakan pada bulan August, ikan layaran akan bermigrasi ke perairan rompin untuk mencari makan. Bulan ini juga merupakan masa penghijrahan perbagai ikan kecil seperti ikan bilis yang menjadi makanan kegemaran ikan layaran.  Kehadiran ikan kecil ini yang banyak di perairan Rompin menyebabkan bulan Aug - Oct adalah waktu terbaik untuk memancing ikan layaran.

Bercerita Rompin, ia mengingatkan saya tentang kunjungan saya ke sana pada bulan June yang lepas. Boleh dikatakan waktu itu ialah waktu offseason untuk layaran. Walaupun begitu saya tetap berkunjung ke sana dengan niat ingin mencuba-cuba memancing ketika offseason di Rompin,Pahang. Semasa ketiadaan ikan layaran pada masa offseason, pemancing masih boleh memancing ikan-ikan lain seperti Ikan Ebek ( Diamond Travelly), Ikan Ketarap (Parrot Fish) Tenggiri, Cobia dan banyak lagi. Tetapi bergantung pada nasib dan destinasi lubuk yang ditujui.

Kunjungan kali ini juga disertai oleh rakan-rakan memancing saya ialatu Berg, Yu, Epol dan Khai. Setibanya kami di jeti, tekong mencadangan untuk pergi ke sebuah kapal karam yang terletak 2 jam dari darat. Memandangkan ini pertama kali saya mengunjungi Rompin ketika offseason, saya bersetuju dengan cadangan ke sana.




 Kelihatan banyak gambar ikan tertera di sonar bot apabila bot berlabuh. Umpan dilabuhkan dengan harapan ada ikan bersaiz besar berjaya dipancing. Sejam menunggu masih tiada sebarang ragutan dari ikan. Untuk menghilangkan menggantuk saya dan Epol mencuba-cuba untuk jigging menggunakan jig seberat 40 gram tetapi sia-sia. Perbagai teknik telah dicuba tetapi tetap tidak berjaya. Hanya beberapa ekor ikan kerapu kecil dan ikan karang yang berjaya dinaikkan. Driff, Bottom, Jigging, Casting semuanya telah dicuba. Berg sahaja yang memperolehi ikan Sagai (Indian Travelly) berumpankan isi ikan. Itu pun bersaiz kecil. Selepas semua teknik digunakan, saya mencuba-cuba mengunakan teknik appollo pulak untuk memancing ikan selar atau kembung. Tidak sampai didasar terasa ragutan dari ikan. Rupa-rupanya ikan cencaru banyak terdapat dibawah bot kami. Semua orang mula menggunakan appollo seperti saya sambil beberapa rod digunakan untuk teknik bottom. Banyak ikan Cencaru yang berjaya dinaikan. Hampir penuh tong kami. Bolehlah dibuat lauk daripada tiada langsung.



Selepas makan tengahari bekalan yang kami bawa, kami bergerak menuju ke lubuk lain. Tekong bercadang membawa kami ke kawasan karang berbatu untuk memancing ikan Ketarap (Parrot fish) dan light jigging. Setibanyan di sana, suasana kumpau tetap berlaku. Pelbagai usaha dilakukan dan bermacam umpan telah dicuba. Besi Jig juga banyak yang telah bertukar jenis. Kumpau kami rupa-rupanya sampai ke petang. mungkin rezeki kami tiada di Rompin kali ini. Sebelum hari menjadi gelap, baik kami mengambil keputusan untuk pulang ke jeti. Perjalanan pada hari gelap menggunakan speed bot agak membahayakan dan kami tidak mahu mengambil risiko.


Setibanya di jeti, kami menyewa sebuah homestay untuk beristirehat. Kami akan pulang ke Kuala Lumpur pada keeskokan harinya.Trips kami ketika offseason di Rompin amat mengecewakan. Berbeza ketika kunjungan kami ketika musim layaran. Walaupun begitu, pengalaman seperti ini telah mengajar kami untuk lebih berhati-hati memilih tarikh trip pada masa akan datang. Rompin tetap saya akan kunjungi lagi pada masa akan datang, tetapi tentulah pada musim ikan Layaran dan tarikh yang lebih sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...