Ribuan terima kasih kepada Majalah Umpan dan Editornya Mr. Hazrizal kerana memberi kesempatan kepada blog Fish Hunter berada di bahagian Siber di Majalah Umpan Vol 7. Memang tidak dinafikan fungsi sumber internet banyak membantu kaki pancing untuk mempelajari dan mengasah kemahiran. Ini bermakna ia merupakan langkah permulaan untuk Blog Fish Hunter Maxx Peacock Experience untuk memantapkan sumber dan perkongsian ilmu memancing untuk semua orang. Terima Kasih atas sokongan Majalah Umpan dan semua penggunjung blog ini.
Isnin, 24 Disember 2012
Dewan Kegemilangan - 14
Majalah Umpan terbitan Kumpulan Karangkraf volume 7 telah berada di pasaran. Keluaran kali ini ada menceritakan coretan saya dan rakan-rakan dari D7L sebagai tester di Kolam Damai. Ucapan terima kasih kepada Majalah Umpan kerana sudi menjadikan aktiviti kami di sana sebagai salah satu tajuk cerita di dalam majalah ini. Wajah En. Aziz iaitu owner kepada Kolam Damai telah menghias front page kali ini.
Ahad, 16 Disember 2012
Perambut Ikan Tenggiri Tuas Yan
Memandangkan musim tenggiri akan tiba pada bulan Jan-Mac setiap tahun di Tuas Yan, Saya ingin berkongsi cara-cara membuat perambut yang digunakan untuk memancing ikan Tenggiri di Tuas Yan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
Perambut Cable: 15lb atau 20lb
Matakail: 2/0 atau 3/0
Spinner
Batu Ladung hidup saiz 5 atau 6
Mula-mula, ikan mata kail seperti gambar di atas, Pastikan jarak antara mata kail sesuai untuk digunakan bersama ikan kembung mati yang akan dijadikan umpan nanti.
Masukkan batu ladung sebagai pemberat
Masukkan spinner seperti di atas
Matikan hujung perambut seperti gambar di atas
Siap dan mudah bukan.
Cara-cara mencangkuk ikan umpan menggunakan perambut Tuas Yan
mata kail dicangkuk selari dengan ikan seperti di dalam gambar
Close-up dari atas
Selamat mencuba
Khamis, 13 Disember 2012
Tenggiri Off Season
Peluang pulang ke kampung di Kulim Kedah tidak saya sia-siakan. Memandangkan saya sudah berada di Negeri Kedah, saya mengambil kesempatan untuk singgah memancing di lokasi yang terkenal dengan ikan tenggiri di Bandar Yan. Walaupun kami menerima khabar berita bahawa musim tenggiri belum tiba, serta keadaan cuaca yang sering hujan kami tetap bertekad untuk mencuba nasib. Musim tenggiri di khabarkan pada bulan Jan - Mac setiap tahun.
Unjam yang digelar Tuas oleh penduduk tempatan.
Tuas atau unjam telah dibina di perairan laut bandar Yan oleh pemilik bot atau nelayan dan secara tidak langsung telah menjadi tempat persinggahan dan perlindungan ikan Kembung, Sardin, Cencaru, Selar dan banyak lagi. Secara tidak langsung, kumpulan ikan kecil yang berlindung di unjam atau tuas ini telah menarik banyak ikan predator untuk mencari makanan terutamanya ikan tenggiri.
Perambut yang akan digunakan untuk memancing tenggiri.
Ikan kembung mati digunakan untuk memperdayakan ikan tenggiri. Teknik yang digunakan ialah teknik casting mengunakan perambut seperti di atas.
Isnin, 19 November 2012
Testing-Testing di Kolam Damai JB
Mulanya saya menerima panggilan telephone dari owner kolam Damai iaitu En Aziz dan rakan perniagaannya iaitu Mr. Ah Yam menjemput saya mewakili team D7L untuk menguji 3 buah kolam pancing yang baru dibuka beliau. Jemputan dari En. Aziz terus disambut baik oleh saya.
Memandangkan En. Aziz telah menjemput saya memancing di kolam damai secara percuma. Saya terus menghubungi Editor majalah Umpan En. Hazrizal untuk turut serta dalam trips ini supaya dapat memberi free marketing kepada kolam Damai sebagai membalas jasa En. Aziz menjemput saya mencuba kolam baru mereka. Selain itu, saya juga membawa rakan- rakan D7L lain untuk memeriahkan lagi lapangan ujian di kolam ini.
Selepas membuat perancangan singkat, kami bergerak dengan 2 buah kereta menuju ke bandaraya Johor bahru. kami tiba seawal pukul 6.50 pagi dan terus bergerak menuju ke lokasi.
Setibanya kami di sana, kami di jemput mesra oleh Mr. Ah Yam. Lokasi pertama kami ialah kolam D+, sebuah kolam baru yang dibuka oleh Damai Fishing Villege. Kolam ini mengamalkan 100 % sepenuhnya aktiviti casting dan cacth & release.
Jumaat, 5 Oktober 2012
Never Stop Exploring
Never Stop Exploring is our motto at D7L Fishing Team. We will try to explore all spot fishing in our country and around the word.
Here The map showing the places that I have been.
Many places will conquer soon to gain extreme fishing experience .
Selasa, 18 September 2012
BENTO Ketam Nipah
Hairan dan terpinga-pinga saya apabila pulang ke kampung saya di Mersing, Johor baru-baru ini. Saudara mara terdekat terutamanya adik saya amat sibuk dengan aktiviti BENTO. Setiap petang mereka pasti mengambil kesempatan untuk BENTO. Apakah dia BENTO itu? Hairan dibuatnya apabila mendengar perkataan ini yang amat baru buat saya. Rupa-rupanya BENTO ini ialah istilah atau gelaran tempatan di kampung saya untuk bubu yang direka khas untuk menjerat Ketam Nipah - Scylla serrata ( mud crab or mangrove crab). Tidak pasti pula apa gelaran untuk bubu ini di tempat lain.
Apabila mendengar bubu menjerat Ketam, mula saya terbayang rancangan Deadliest Catch yang ditayangkan di Discovery Channel. Berdebar juga saya dibuatnya. Tetapi adik saya pantas memaklumkan kepada saya bahawa menjerat Ketam Nipah ini amat mudah sekali dan tidak merbahaya. Hanya perlu sedikit penyediaan dan menunggu sahaja untuk mendapatkan hasil.
Rabu, 12 September 2012
Cara Mudah Untuk Membuat Assist Hooks Jig
Memang menyakitkan hati apabila berlakunya kes kehabisan assist hooks ketika sedang jigging dan ketika itu pula ikan sangat rancak menghentam jig yang dihulurkan. Selain itu juga mungkin amat menyakitkan hati apabila melihat harga assist hooks yang amat mahal dijual di kedai memancing. Tidak banyak yang boleh di beli sedangkan koleksi jig besi yang hendak digunakan semasa jigging nanti amat banyak. Penyelesaiannya ialah membuat sendiri assist hooks. Lebih murah dan mudah jika hendak dibandingkan dengan assist hooks yang dijual dipasaran.
Sebenarnya pelbagai cara dan teknik untuk membuat assist hooks. Tetapi di sini saya memilih untuk berkongsi cara membuat assist hooks yang paling mudah dan pantas. Cara ini amat sesuai digunakan oleh pemancing yang masih beginner ataupun yang sedang mencuba-cuba belajar teknik jigging.
Langgan:
Catatan (Atom)





