Isnin, 25 Julai 2011

Red of Sarawak

Tahun ini merupakan tahun ke-2 saya berkunjung ke Negeri Sarawak Bumi Kenyalang untuk memancing. Seperti kebiasaan, saya mengikuti trip yang dianjurkan oleh D7L. Bagi pemancing di negara ini, Bumi Kenyalang merupakan lubuk yang dihuni oleh ikan Merah (Red Snapper) yang bersaiz besar. Kebanyakkan ikan Merah yang dipancing di negeri ini mempunyai size lebih 4kg dan pernah di record kan lebih 10kg pernah di pancing oleh pemancing disana. Kebanyakan merah di sana di pancing di lubang-lubang yang terdapat di perairan negeri ini. Lubuk yang terkenal di negeri ini ialah Tanjung Datu and Paloh. Selain itu, bot memancing di Negeri Sarawak ini hanya akan berhenti di lubang-lubang yang dipercayai terdapat Ikan Merah hanya lebih kurang 5 minit memberi satu kelainan dan pengalaman buat pemancing yang pertama kali ke sini. 

Bagi saya, memancing di sini lebih santai dan tidak perlu menunggu lama ketika memancing membuatkan saya sentiasa ke sini setiap tahun. Selain itu, pengalaman menaikan ikan tenggiri menggunakan teknik Jigging pada waktu malam membuatkan keinginan saya ke sini semakin kuat. Di sini saya lampirkan coretan perjalanan saya di Kuching Sarawak


Kami bergerak seawal pagi untuk menaiki kapal terbang ke Kuching

 






Setibanya kami di Kuching, kedatangan kami telah disambut oleh Warsar Grouper dari Pancing.Net

Selepas kami makan tengahari, kami terus bergerak ke Jeti Sentubung untuk menaiki bot. Kami juga telah disambut oleh rakan kami iaitu Mr. Ziggerx - Kuching Master of Caster

Seperti tahun yang lepas, kami menaiki bot milik Ah Beng untuk trips kali ini.
Bot Ah Beneg menyediakan ruang untuk pemancing sehingga 12 orang serta kemudahan toilet, tempat masak dan tempat tidur yang di lengkapi aircond.


Tanpa membuang masa, kami terus bertolak untuk memancing. Perjalanan kami menuju ke Lubuk Paloh mengambil masa selama 8-9 jam.
Keesokan harinya kami memulakan aktiviti memancing kami.
Antara ikan Merah yang berjaya dipancing oleh kumpulan kami
Dalam masa sehari kami berjaya memenuhkan 200qt tong dengan Ikan Merah

Close up sisik Ikan Merah.

Pada malam hari pula, kami memulakan buruan kami memancing ikan tenggiri.
Tetapi kami dimaklumkan oleh Tekong bahawa musim ikan tenggiri telah berlalu pada  bulan April dan May . Kemungkinan peluang kami untuk mendaratkan ikan tenggiri menggunakan teknik Jigging amat tipis.
Kami akur dan terus mencuba dan akhirnya........

saya berjaya mendaratkan ikan tenggiri dengan menggunakan teknik Driff (menghayut)
 Ikan Tenggiri 7kg


Fahiz dengan ikan tenggiri beliau dengan menggunakan teknik Driff juga

Satu-satunya  ikan Tongkol yang sudi menghentam umpan saya

Indra bersama ikan tenggiri yang menjadi ikan penutup pada malam tersebut.

Keesokan harinya kami menyambung semula aktiviti memancing di lubang-lubang perairan Paloh.
Selain ikan Merah, kami juga berjaya mendaratkan ikan-ikan lain seperti...
Ikan Kerapu





Ikan Haruan Tasik (Cobia)

Ikan Kaci

Ibu Kerisi yang berjaya di pancing oleh saya

Jack Pot fish from Man and Abu
Ikan Kerapu 16.9kg

Ikan Haruan Tasik (Cobia) 18kg
Selepas berada selama 4 hari 3 malam, kami pun pulang ke darat. 
setiap hasil ikan akan diuruskan oleh Tekong Ah Beng untuk dihantar ke Kuala Lumpur dengan menggunakan Mas Cargo. Kos penghantaran telah termasuk di dalam kos trips

Bergambar bersama hasil keseluruhan.

Kesimpulan trips ini ialah kurang memuaskan daripada jangkaan kami. Ini adalah kerana kedatangan kami di luar musim ikan Tenggiri yang akan berhijrah di perairan Paloh pada bulan April dan May setiap tahun.
Selain itu kebanyakan lubang-lubang yang dihuni oleh Ikan Merah telah musnah di rosakkan oleh bot  pukat tunda haram dari negara Thailand. Walaupun begitu kami tetap berpuas hati dengan hasil kami.

Masagge from Abu GTS....We will back next year...!!

5 ulasan:

  1. cool lah bro.. aku yg duk kat kuching ni pun belum sampai sana lagi adeh.. main tepi2 jee bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank Bro...Perairan Sarawak terutamanya di Kuching masih lagi menyimpan khazanah ikan merah bersaiz monster...Insyaallah jika ada rezeki kami akan kembali lagi..

      Padam
  2. Bro! terbaiklah! sisik ikan merah ni digunakan untuk ekstrak collagen powder shaklee. sangat berkesan! Alhamdulilah.

    www.arifahraedahhealhcare.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh share no tel tekong boat ah beng (King Shark) sarawak tak..

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...