Jumaat, 4 Mac 2011

Kenyir 30 Julai - 2 Aug 2010




Coretan Ku Di kenyir

Trips ini di rancang pada beberapa bulan sebelum ini dan telah di organize oleh teman-teman pancingan saya iatu Slimer dari D7L & Fresh dari The Buduz,
Kali ini trips ini telah disertai oleh pelbagai Team Memancing yg terdiri daripada Team UGATz,The Buduz, Geng Tapah Sembat & 08 Anglers. Ahli-ahlinya terdiri daripada:

1. Fresh (Chip Orgasm)
2. Slimer (Assistant Organizer)
3. BDboyz Lubuk (Naked Chef)
4. Abg Tom
5. Pikok
6. Boy Gelama Serdang
7. Choot
8. Ringgo
9. Mizi Dkakipancing
10. Rejab
11. Abu Tapah
12. Ains Tapah
13. Zahid Tapah
14. Aloy Tapah

Bila bercerita tentang tasik kenyir, semestinya kita sudah terbayang tentang ikan sebarau, toman dan kelah yg sangat sinonim disana. Memandangkan kami telah memilih musim kering di Kenyir, hanya pancingan dasar sahaja yg menjadi sasaran kami.

Kenyir akan mengalami musim kering pada setiap bulan 5-9 setiap tahun, dan pada musim ini, ikan kelah, baung, dan belida menjadi sasaran dengan menggunakan pancingan dasar. Toman juga boleh di casting pada ketika itu.


Pada setiap bulan 10-4 setiap tahun paras air di empangan Kenyir akan naik secara mendadak akibat musim tengkujuh dan ketika itu Sebarau dikatakan amat galak dan ketika inilah masa terbaik untuk kaki-kaki kasting turun ke Kenyir.

Kami telah bertolak ke Kenyir pada malam Khamis (29 Julai) dengan menaiki kereta Slimer. Kami juga bergerak bersama-sama dengan sebuah kereta dari geng-geng dari Ipoh yg terlebih dahulu sampai pada petang hari tersebut. Memandangkan perjalalanan ini mengambil masa yang panjang, kami mengambil keputusan untuk bergerak bersama-sama serca konvoi dengan semua ahli komplot yg terlibat. Lokasi perjumpaan telah di rancang di BHP selepas Tol Gombak dan Perhentian Rehat Termeloh. Perjalanan kami telah mengambil masa selama 8 jam lebih untuk sampai ke Kuala Behrang dan kami selamat tiba dia sana pada pukul 7.45 pagi.





Papan tanda yang menandakan kami hampir dengan Empangan Kenyir


Tibanya kami sampai di sana, kami telah singgah terlebih dahulu ke pasar di pekan tersebut untuk membeli keperluan makanan nanti dan tidak lupa juga air batu yang amat penting untuk memastikan kesegaran ikan yang dipancing nanti.

Setibanya kami ke Empangan Kenyir dalam pukul 8 pagi, pendaftaran perlu di buat di pintu masuk utama untuk memaklumkan kehadiran kami di Tasik Kenyir atas sebab-sebab keselamatan. Sementara kami membuat pendaftaran, sempat juga saya mengambil beberapa gambar sebagai kenang-kenangan





Pintu Masuk Ke Empangan Kenyir





Empangan Kenyir
Selepas kami selesai membuat pendaftaran di pintu masuk, kami segera ke house bot untuk memunggah barang-barang. pada trip kali ini kami telah memilih house bot milik Pok Par.
Ternyatalah House Bot milik Pok pak amat selesa setelah di ubah suai berbanding dahulu.





Hari Pertama


Setibanya kami di Sungai Terenggan, aktiviti memancing pun bermula. Ada juga rakan2 saya terus menaiki speed bot untuk mencuba casting, mana la tau kalau ada Sebarau atau Toman besar bas nak makan gewang...hehehehe. Tapi ketika saya hanya berehat dan bersantai-santai di house bot, saja nak ambil mood sebelum memancing, lagi pun perjalanan yg jauh amat meletihkan saya.

Sambil saya melepak -lepak layan Television Astro yang disediakan House bot, Tuan organizer cuba menyediakan rasuah kelapa sawit untuk menarik ikan-ikan ke house bot kami,ketika itu juga kelihatan ikan lampan yg amat banyak. Memang seronak melayan ikan lampan baya tapak tangan dgn set teleskopik. Tapi ikan lampan di kenyir bagaikan dah masuk Universiti, bukan senang nak perdayakan ikan ini, jika rasuah berupa pallet dedak ditabur, sekurang-kurangnya dibiarkan ikan-ikan tersebut memakan pallet dalam tempoh sejam dua, kalau tak.. baru nak hulur umpan, lenyap entah kemana ikan-ikan lampan ini.
Pada petang itu hanya ikan lampan dan terbul sahaja yeng bejaya kami naikan...kemana ikan-ikan besar yang lain?

Pada malam pertama, sememangnya sasaran kami ialah hendak memancing ikan belida.
Umpan yg kami gunakan pada malam itu ialah anak ikan Rong yang telah di tangguk oleh pembantu boatman pada petang tadi. Tapi harapan kami hampa memandangkan hujan telah turun dengan lebat pada malam itu. Nampak gayanya tidur la yang paling best time ni..Kami kumpau pada hari pertama.



Antara Umpan Power yg kami gunakan

Hari Ke-2

Dengan penuh semangat saya telah bangun seawal 6.00 am semata-mata untuk mencuba casting di Sg Terenggan, sememangnya port tersebut merupakan port Sebarau & Toman yang wajib dicuba. Tetapi harapan menggunung punah, memandangkan malam tadi hujan turun dengan lebat menyebabkan Sungai tersebut menjadi keruh bagaikan air Milo yg baru aku minum tadi, Alang-alang dah sampai, ku cuba juga lemparkan gewang ke sungai tersebut, manalah tau...kalau rezeki dah tertulis. Dari Abu Island II hingga ke rapala, satu setanpan pun tak dapat kami rasainya. memandangkan tangan saya dah rasa-rasa macam dah besar sebelah, kami pun pulang ke house bot..

Kumpau..!! itu lah yang berada di dalam kepala otak kami.  Maka Plan B perlu dilaksanakan.  Kami berpecah kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan tetap berada di House bot dan satu kumpulan lagi akan meredah ke hulu Sungai Terenggan untuk bermalam di sana. Kumpulan pertama yang akan meredah hulu Sungai Terenggan yang di ketuai oleh Abu Tapah bergerak kira-kira pukul 10 pagi. Dan kami yang berada di housebot masih mencuba mengharapkan hasil yang lebih baik dapripada lampam. Pada waktu petang, saya bergerak lagi ke port-port Sebarau & Toman. Percubaan demi percubaan kami lakukan. Dari Blind casting hinggalah mengejar anak Toman.Tetapi tetap tiada sambaran kerana anak-anak toman tersebut rupanya anak yatim piatu. hasil kami petang tersebut hanyalah beberapa ekor baung hasil trolling pada waktu senja semasa perjalan balik.  Waktu malam tetap tak dapat kami berbuat apa-apa memandangkan hujan kembali turun dengan lebat. Layan tidur lagi la saya.




Hasil dari geng-geng treaking..mantap..!!


Hari Ke-3

Hari terakhir kami berada di Kenyir, perjuangan tetap di teruskan.Pagi-pagi lagi saya dah bergerak mencari ikan. Nasib kami lebih baik berbanding hari sebelum ini, seekor toman berjaya di tawan. Cukup lah daripada tiada langsung. Sepulangan kami ke House Bot, Kumpulan yang bermalam di hulu Sungai Terenggan mambawa berita baik. Hasil yang diperolehi amatlah memuaskan. Ikan Kejor, Tengas dan baung akar berjaya di perolehi. Selepas itu, Haouse bot kami bergerak menuju ke Lasir. Niat kami kali ini hanya hendak bersantai-santai merehatkan badan yang telah letih. Perjalanan ke lasir hanya mengambil masa 3 jam. Cukup untuk kami tidur sebentar.

Setibanya saya di sana, kami mula melakukan aktiviti riadah. Mandi manda di air terjun Lasir memang syok. Tempatnya yang cantik melupakan sekejap keletihan kami. Sekali-sekala ada juga kami melabuhkan umpan. Air yang begitu jernih, menampakkan lagi kelibat ikan yang bermain di bawah bot. Kami juga mencuba-cuba mengcasting di kawasan yang berhampiran. hanya seekor sebarau sahaja yang sudi menjamah Abu Islad II saya. Setakat itu sahaja pancingan kami di Kenyir. pada waktu malam, kami di jamu BBQ oleh tuan organizer. Memang mantap. Kami makan sepuas-puasnya memandangkan esok pagi kami akan bergerak pulang ke jeti.


Hari Ke-4

 Lasir 



Hasil dari Lasir

Pagi-pagi lagi House bot kami telah bergerak ke Jeti. Walaupun trips ini boleh dikatakan gagal, tetapi kami redha dengan ketentuannya. Walaupun kami telah berusaha keras, tetapi hasil yang kami perolehi, belum boleh dibanggakan. Bagi saya perkara sedemikian merupakan lumrah kehidupan sebagai pemancing. Tidak semua trips akan berjaya. Tetapi apa yang lebih penting ialah kegembiraan memancing bersama kawan-kawan. Selain itu Kenyir merupakan tempat paling aman dan sesuai melapangkan kepala otak saya yang sentiasa runsing dengan kerja yang menimbun. Akan ku repeat lagi ke Tasik Kenyir.....





Air Terjun Lasir







2 ulasan:

  1. Salam Akasah
    Nice blog!
    Google translate does a poor job. Regardless of nationality or language, fisherman around the world say the same thing: "more important is the joy fishing with friends".
    Tight lines!

    BalasPadam
  2. Thanks John, Hope you enjoy my blog,
    Yup, i really hate when google transle my blog, very poor translation.
    I will find other way or write in English next time..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...