Khamis, 24 Mei 2012

JB Conquest Part 2 - Damai Again..!!


Sekali lagi saya dan rakan-rakan ke Kolam Damai Fishing Villege selepas menerima jemputan khas dari En. Aziz, owner kepada kolam ini. Kunjungan khas saya kali ini ialah untuk memperkenalkan kolam ini kepada orang ramai menerusi Majalah Umpan terbitan Karangkraf. Saya amat berterima kasih kepada En. Aziz kerana sudi menjemput kami dan kepada En. Hazrizal, editor majalah umpan serta krew Majalah Umpan kerana sudi turut serta memancing di kolam yang amat terkenal di Johor Bahru.


En. Aziz menerima majalah umpan sebagai koleksi beliau

Kolam Damai yang mendamaikan

En. Aziz mencadangkan kami supaya mencuba 2 buah kolam miliknya. Kolam C & D merupakan kolam yang mengamalkan konsep Catch & Release. Terdapat pelbagai ikan yang bersaiz monster terdapat di kedua-dua buah kolam ini.  Kami memancing di kolam C terlebih dahulu pada waktu pagi dan Kolam D pada waktu petang.

Kolam C

Hanya beberapa saat melabuh umpan terus mendapat sambaran dari ikan Jenahak

Siakap

Memang asyik memancing menggunakan set ringan di kolam ini

Rapala Shad Rap pecah dihancurkan oleh ikan GT

Jenahak dari Nuar

My turn..!!

Ikan Bawal (Bramidae) monster menjadi mangsa saya.

Baby GT

Selepas puas melayan kolam C, kami berehat sebentar untuk lunch. Kemudian pada pukul 4 petang, kami menyambung aktiviti memancing kami di kolam D pula.


Kolam D

Layan...!!

Ikan Jenahak

Ikan Siakap

GT again..!!

Monster Barramundi from editor

Barramundi again

Hasil Casting dari Nuar

Ikan Teliga Gajah hasil pancingan saya

Berg with GT

Kami mengakhiri aktiviti kami pada pukul 7 malam. Sedang semua sedang berkemas untuk pulang, saya cuba-cuba untuk membaling umpan terakhir di tengah kolam dan tiba-tiba..........


Satu sambaran besar ketika umpan mencecah air.
Pertarungan sengit memakan masa lebih 45 minit memandangkan saya cuba menggunakan rod PE 1-2 dan dipadankan dengan mesin kekili 3000 series sahaja.

Akhirnya Ikan Great Trevelly(GT) seberat 12.5kg berjaya ditawan oleh saya
Ikan penutup yang amat membanggakan.

Selepas penat memancing, En.Aziz menjamu kami di restoran Damai miliknya yang terletak berhampiran dengan kolam beliau

Kenyang...!!
Terima kasih En. Aziz


Restoran Damai milik En.Aziz

Wang jackpot ikan terberat pasti milik saya...

Bergambar bersama sebagai kenang-kenangan.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...