Khamis, 16 Mei 2013

Amazing AmazonBKK Bangkok


Kali ini jelajah saya ke negara Thailand bertujuan untuk memancing ikan exotic yang berasal dari Sungai Amazon dan Sungai Mekong. Dahulu kunjungan saya pasti di Bungsamran Fishing pond ketika datang ke Thailand, tetapi kali ini saya mengunjungi salah satu kolam popular di bandar Bangkok iaitu Kolam AmazonBKK.

Kolam ini menyediakan pelbagai jenis ikan exotic terutamanya yang berasal dari sungai Amazon dan Mekong. Walupun begitu ikan Arapaima merupakan target kumpulan kami. Bkkguy atau dikenali sebagai John bertanggungjawap membawa kami ke sana selaku guide kami. Beliau yang berpengalaman luas memancing di sekitar Thailand akan memberi tunjuk ajar kepada kumpulan kami yang pertama kali bertandang di kolam ini. 

Di sini, kami hanya dibenarkan memancing menggunakan teknik casting dan fly fishing sahaja. Teknik dasar atau pelampung dilarang sama sekali. Ketika kami tiba di kolam ini, kelihatan banyak ikan bersaiz monster bermain-main di permukaan air. Memandangkan tuan punya kolam memberi ikan talapia sebagai diet makanan di kolam ini, penggunaan gewang yang menyerupai ikan talapia amat laku di sini. Kami memilih gewang berjenama giron sebagai pertaruhan kami.

Gewang Giron

Amazon BKK


Menurut John, awal pagi merupakan waktu terbaik untuk memancing ikan arapaima. Ikan ini amat aktif mencari makanan pada waktu ini. Apabila hari mula panas terik pada waktu tengahari, ikan arapaima akan menjadi pasif.

Halim, orang pertama yang membaling lure menjadi orang pertama mendaratkan arapaima

 Lagi ikan arapaima

Hari semakin panas, jam menunjukkan sudah pukul 10.00 am (11.00am Malaysia Time). Ikan Arapaima mula menunjukkan tanda-tanda menjauhi kumpulan kami. Banyak kali kejadian putus dan lucut di kalahkan oleh kekuatan ikan Arapaima ketika ini.

Saya yang tewas dikalahkan oleh ikan arapaima.


Masih meneruskan aktiviti casting tanpa putus asa.

Selepas kami selesai lunch, ikan Arapaima tidak lagi kelihatan di permukaan air. Segala teknik kami gunakan untuk memujuk ikan ini memakan lure kami tetapi tidak berjaya. Walaupun begitu, ikan Aligator gar dan Amazon red tail Catfish menjadi penganti membaham lure yang kami hulurkan.





 Dan akhirnya saya berjaya memperolehi lesen Alligator gar di Kolam AmazonBkk

Alligator Gar

 Catch & Release

Ikan-ikan lain yang berjaya diperolehi semasa kunjungan kami ke Amazon Bkk

Chao Phraya cat fish

Amazon Tiger Catfish

Asian Redtail Catfish

Hari semakin petang, rakan-rakan lain sudah berjaya menaikan pelbagai jenis ikan di sini. Saya cuma memperolehi seekor Alligator Gar sebagai lesen. Tetapi saya masih tidak berputus asa untuk meneruskan casting di setiap pelusuk kolam ini. Usaha saya membuahkan hasil apabila rod saya ditarik kuat oleh ikan.


Tekanan amat kuat dirasai


Akhirnya ikan Amazon Catfish seberat 8kg berjaya saya perolehi. 

Ikan ini menjadi penutup trips saya selepas seharian memancing di Kolam AmazonBkk. Insyaallah saya akan kembali semula ke sini memandangkan saya masih tidak mempunyai lesen ikan arapaima yang telah lama saya idamkan.

Bergambar bersama owner kolam dan John yang menjadi guide kami

Gambar kenagan bersama-sama sebelum kami pulang.

2 ulasan:

  1. terbaik bang :) bila la dapat peluang ke sana ni.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom bang, kita gi tahun depan...dah boleh start menabung

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...