Khamis, 25 Julai 2013

Info: Hukum Pergi Memancing



Credit & copy from: Jorangading.blogspot.com

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MEMANCING

Kebaikan dan Keburukan Memancing
Salah satu kaedah usul fiqh: “Asal perkara itu mubah (harus)”
Bila kita ingin mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu perkara, timbanglah dengan neraca syarak.
Sekiranya memancing bukan adalah sumber rezeki kita, maka hukum memancing adalah harus. Namun ia boleh menjadi haram sekiranya kita meninggalkan suruhan dan mengerjakan larangan Allah. Perkara ini dengan mudah menjadi satu keburukan, walaupun pada asalnya perkara itu adalah harus. Contohnya adalah meninggalkan solat semata-mata kerana keseronokan memancing ikan.
Sekiranya memancing adalah sumber rezeki kita, maka ia menjadi wajib untuk kita untuk memancing. Ini kerana sekiranya kita tidak melaksanakannya, kita tidak dapat melaksanakan tuntutan-tuntutan wajib yang lain. Misalnya membeli pakaian untuk menutup aurat dan memberi nafkah kepada keluarga.
Jadi, perkara paling buruk boleh kita lakukan dalam aktiviti memancing ikan adalah melanggar batasan syarak, dan perkara paling baik dari aktiviti tersebut adalah ia mendekatkan kita kepada Allah.
Jadi, perkara2 berkaitan dengan memancing ikan yang masih terpelihara di dalam batasan syarak adalah kebaikan.

Antaranya adalah;
  1. Melihat kebesaran kejadian ciptaan Allah S.W.T.
  2. Melatih kesabaran, tawakkal, syukur dan redha.
  3. Mempergunakan masa semasa memancing (sementara menunggu umpan di makan ikan) untuk memperbanyakkan zikir.
  4. Menghirup udara segar (sekiranya memancing di dalam hutan).
Sebaliknya, memancing juga boleh mengundang banyak keburukan. Ukurannya adalah melampaui batasan syarak. Antaranya;
  1. Meninggalkan solat dan fardhu2 lainnya termasuk puasa.
  2. Meningkatkan vocabulary makian dan hamun (kerana tak dapat ikan)
  3. Tidak mempergunakan masa semasa memancing dengan sebaiknya, malah berangan-angan kosong yang tidak memberi apa-apa kebaikan.
  4. Ikan yang dipancing tidak di makan atau disedekahkan atau dihadiahkan. Mungkin hanya dibiarkan busuk – memancing hanya untuk mendapatkan keseronokan “lawanan tarikan ikan”.
Buat SAHABAT, mudah-mudahan apa yg saya tulis ini dapat memberi sedikit gambaran tentang kebaikan dan keburukan memancing.
Sebenarnya, semua perkara dalam hidup kita perlu ditimbang dengan neraca syarak untuk membezakan kebaikan dengan keburukan sesuatu yang berkaitan dengan perkara tersebut. Apa yang melanggar batasan syarak adalah keburukan dan yang dalam batasan syarak adalah kebaikan.

Sekian, WAllahua’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...